Band Punk Rock Yang Paling Banyak Buat Lagu Krismas

oleh Chiv Iscandar
1.9K bacaan

Punk Rock dan Krismas tidak dapat dipisahkan. Atitud humor Punk Rock dan semangat kemeriahan Krismas bagaikan roti dengan jem mentega, saling melengkapi ketika kita lapar.

Jadi, tidak hairanlah ada banyak lagu rakyat bertemakan Krismas yang dinyanyikan semula dalam bentuk punk rock. Daripada Misfits kepada Blink 182 dan MCR, kebanyakan band punk rock memiliki lagu-lagu Krismas dalam katalog mereka namun inilah 3 band yang paling banyak lagu Krismas!

1. BAD RELIGION

Ini memang sangat mengejutkan. Apa tidaknya, satu band punk yang bercondongkan fahaman ‘atheist’ (menolak segala unsur ketuhanan dan mempercayai sains berbanding agama) dan politikal mempunyai 10 lagu bertemakan meraikan Krismas!

Album ‘Christmas Songs’ (2013) menampilkan 9 lagu-lagu rakyat sempena Krismas sepanjang zaman yang dirakam semula dalam stail punk LA mereka.

Anehnya, album tersebut diakhiri dengan klasik American Jesus (Andy Wallace mix), satu karya agung mereka.

2. BOWLING FOR SOUP

Band punk rock yang popular semasa era MTV ini mengeluarkan satu album dengan Vol. 1 dan Vol. 2 bertajuk ‘Merry Flippin’ Christmas’ (2011)

Ia mengandungi 14 lagu, menjadikan mereka antara band dengan lagu krismas terbanyak!

3. MXPX

MXPX memang antara band punk rock yang paling prolifik menghasilkan lagu-lagu punk rock Krismas. Mereka menghasilkan album ‘Punk Rawk Christmas’ yang mengandungi sejumlah 16 lagu punk rock bertemakan Krismas!

Vokal frontman Mike Herrera yang kita ketahui memang lunak dan sangat sesuai dengan tema kegembiraan dan humor perayaan Krismas.

Band punk rock lain yang turut merakam antem krismas juga ialah seperti Blink 182 ‘Won’t Be Home For Christmas’

Di seluruh pelusuk dunia, semua meraikan.
Jom sambil tunggu Santa letak gitar fender atau sebiji Apple semasa tidur, kita layan dulu punk rock Krismas!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅