‘Bayi’ Nirvana Jadi Sensasi Parodi Internet

oleh Rahmat Mohd Did
3.2K bacaan

Beberapa hari lepas, kecoh seantero dunia apabila ‘bayi’ yang pernah ditampilkan di kulit album Nirvana – Nevermind (1991), Spencer Elden mengemukakan tuntutan saman berjumlah lebih RM630,000 daripada setiap seorang anggota kumpulan rock terkenal itu serta beberapa individu lain. Beliau membuat tuntutan tersebut setelah tiga dekad di atas tuduhan eksploitasi seksual ke atas kanak-kanak, selain merasakan dirinya mengalami tekanan hidup kerana orang ramai menganggap beliau hidup mewah hasil royalti foto tersebut padahal hakikatnya dia tidak mendapat satu sen sekalipun. Dalam satu sesi fotografi yang berlangsung sewaktu Elden berusia empat bulan ketika itu, ibu bapa Elden telah menerima bayaran sebanyak RM830.

Ironinya, Elden sendiri telah beberapa kali membuat reimaginasi kulit album tersebut pada ulang tahun Nevermind ke10, ke-15 dan ke-25 sebelum mengambil keputusan untuk menyaman pihak Nirvana. Dalam sebuah termubual bersama GQ Australia pada tahun 2016, beliau menyenaraikan beberapa impak negatif hasil daripada foto “bayi mengejar wang” tersebut. Antaranya ialah semua orang menganggapnya menerima wang royalti daripada foto tersebut setiap tahun selain sering ditolak cintanya oleh ramai wanita setelah mengetahui realiti bahawa dia sebenarnya ‘pokai.’

Setakat hari ini, tiada sebarang maklum balas daripada Dave Grohl, Krist Novoselic, Courtney Love, Kirk Weddle (jurugambar) dan syarikat rakaman yang disenaraikan sebagai defendan dalam kes ini namun yang menariknya, Elden telah menjadi ‘meme’ sensasi di internet di mana netizen berpusu-pusu ‘menganjing’ tindakan beliau dengan membuat meme yang bukan-bukan. Ada yang mengkritik, tak kurang juga yang membuat parodi model-model kulit album popular lain turut menyaman band kerana sebab yang tak masuk akal. Lebih teruk lagi, tentera bawang Amerika (lebih kurang tentera bawang Malaysia) telah membuat siasatan tidak rasmi ke atas Elden dan mendapati bahawa beliau seorang artis dan model yang gagal, tidak bekerja dan cuma mahu mengambil kesempatan mendapatkan wang dengan cara mudah.

Sambil kita menanti kesudahan ‘drama’ Spencer Elden vs Nirvana ini, jom kita enjoy dulu melayan variasi meme yang dihasilkan oleh netizen di bawah. Kalau ada yang penulis terlepas, boleh tambah di ruangan komen.

P/S: Meme terakhir tu paling suwey!

😂

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅