Ali Idris & Para Penonton Semat Erti Sebenar Kemerdekaan Dalam Single Terbaharu

oleh Aniq Ammar Ekhwan
3.3K bacaan

31 Ogos 1957, 64 Tahun yang lalu telah termeterai sejarah Malaysia menyambut kemerdekaan. Hingga hari ini, kita telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam mahupun di luar negara. Namun, apakah semangat cintakan negara itu hadir dalam diri kita? Atau sekadar laungan Merdeka sahaja? Simpan sahaja persoalan itu kerana kali ini penulis dikejutkan oleh Ali Idris yang baru sahaja melancarkan single terbaharu bersempena hari kemerdekaan yang bertajuk Dirgahayu Tanah Airku.

Baru sahaja tiga bulan yang lalu beliau melancarkan single Kebangkitan Umat yang bertemakan menentang keganasan terhadap rakyat Palestin (Dari Wutara ke Selatan), kali ini beliau kembali dengan sebuah lagi lagu yang bertemakan kemerdekaan dan semangat cinta akan negara Malaysia yang maju, sejahtera dan berkebajikan.


Tanpa membuang masa, penulis akan menilai dan memberi pandangan dari sudut Bunyi, Susunan Lagu, Lirik dan Kualiti.

Seperti biasa, keseluruhan bunyi yang ditampilkan dalam lagu ini tidak mengecewakan. Bunyian guitar, bass dan drum yang ditampilkan memberi impak maksimum. Bukan itu sahaja, dendangan synthesizer dan ambience yang disampaikan juga memenuhi kehendak lagu ini dan sejujurnya kredit A+ diberikan kepada pemain drum, bass dan guitar yang memberi manfaat yang seharusnya. Untuk vokal pula, tiada apa yang penulis ingin nyatakan kerana semuanya baik sahaja dan cantik namun melodi beliau perlu digubah sedikit agar lagu ini lebih  pumping tapi tidak mengapa kerana semua yang dipersembahkan bagus sekali.

Susunan lagu pula, kali ini Ali Idris membawakan genre rock. Boleh tahan dia ni tukar-tukar genre hehe. Apabila ditanya soalan ini ketika penulis menghubungi beliau, ini jawapannya:

“Aku suka try genre macam-macam, sebab perasaan ingin mencuba ini membuak-buak. Aku ada je lagu slow yang akan datang. Korang tunggulah.”

Pendapat penulis? Single ini merupakan satu cubaan Ali Idris yang berani dan keberanian beliau itu dibalas dengan susunan yang baik dari produser yang menyiapkan lagu ini. Memang bijak kali ini kerana susunan mereka simple dan senang didengari oleh semua lapisan pendengar. Elemen Rukun Negara yang diterapkan dalam lagu ini juga tepat pada sasarannya iaitu di awal lagu dan memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar mematuhi Rukun Negara.

Lirik pula. Agak mengejutkan penulis kerana menurut Ali Idris, beliau menyiapkan lirik lagu ini dalam masa 24 jam dan boleh dikatakan ini merupakan usaha yang berani mati namun apa yang membuatkan penulis terpegun ialah beliau mampu menghasilkan lirik yang mudah diingati dan straight forward serta memenuhi kriteria dalam tema lagu yang dipersembahkan.

Terakhir, Kualiti. Spunkdok @ Lotus HQ ni dah banyak kali penulis mendengar tentang hasil karya mereka dari Crazy Grizzly album Tergiversate, band Lost Notes dari Kluang, dan beberapa projek mereka yang lain dan tidak disangkal lagi kualiti mereka sememangnya bagus. Jurutera mereka iaitu Zarif Muazzam ini bukanlah satu nama baru dalam industri muzik bawah tanah kerana beliau memang bagus dalam melakukan adunan dan mastering. Penulis yakin bahawa Spunkdok @ Lotus HQ di Johor Bahru mampu berdiri sama tinggi dengan studio rakaman yang lain di serata Malaysia.

Menurut Ali Idris lagi, beliau dalam usaha untuk menyiapkan sebuahvideo muzik untuk lagu Hujan September dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sejujurnya penulis agak cemburu dengan kelajuan beliau dalam menyiapkan karya serta produksi video yang sedia ada memang power habis! Ali Idris memang gila tapi gila beliau ini mampu menjadikan Ali Idris dan Para Penonton sebuah jenama yang besar di masa hadapan!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64. Pada penulis, Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 bagi tahun 2021 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Tahniah buat Ali Idris dan Para Penonton atas Pelancaran single ini. Semoga kalian tabah menghadapi PKP dan semoga baik-baik sahaja di sana. Muah ciked! Adios!!

Ikuti Ali Idris di:

Facebook

Instagram

Youtube

 

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅