Tanggal 21 Disember 2021, kugiran rock alternatif Servants atau lebih dikenali sebagai ‘Puchong Emo Boys’ telah melancarkan video muzik (MV) single terbaru mereka, Contrasts di saluran YouTube Servantsband. Single ini hadir dengan jangka masa selama 4 minit 52 saat.
Setelah meluncur Hands In Mine pada Hari Kekasih awal tahun yang lalu, Servants kini melepaskan Contrasts sebagai penutup bagi tahun 2021. Jika dibandingkan dengan konsep syahdu yang dibawa oleh Servants sebelumnya, mereka membawa kelainan dalam Contrasts dengan tampil bersama konsep putih dan benang merah.
Pada hemat penulis, konsep ini melambangkan ruang minda sesorang yang dipenuhi dengan benang takdir. Putih sebagai ruang minda, benang merah yang terikat dan berselirat antara satu sama lain sebagai benang takdir. Benang lutsinar yang menghubungkan dua hati, jika ditegangkan atau dikusutkan sekasar mana sekalipun, tidak akan terputus.
Di dalam mitologi cina, benang takdir menghubungkan dua invididu yang disebut sebagai cinta sejati. Kedua-dua individu yang dihubungkan dengan benang merah yang sama telah ditakdirkan sebagai cinta sejati tidak kira masa, tempat mahupun situasi.
Menarik jika diteliti liriknya, konsep video muzik sememangnya berlawanan dengan mesej yang disampaikan. Lirik pula menceritakan tentang diri persona yang merasakan dirinya terperangkap di dalam perhubungan. Seperti ditarik kembali ke tempat yang asal oleh rantai halimunan walau sejauh mana pun persona berlari.
Saksikan video muzik rasmi Contrasts di saluran Youtube Servants dan ikuti laman sosial mereka untuk informasi dan kemaskini terbaru rilisan yang akan datang.
Ikuti Servants di laman: