‘Kerja Gila’ Terakhir Tahun 2021

oleh Anome
2K bacaan

Penulis: EJ Safari

Kerja Gila yang telah dianjurkan pada 27 November 2021 oleh penganjur Faiz Syukri di bawah naungan Sirap Ais berjaya mengumpulkan muzik dan penonton daripada pelbagai jenis genre. Bagi penulis sendiri, ini adalah sebuah yang sukses. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 100 orang di Angkasa Event Space, melihat penonton yang ramai dan sering menjaga SOP membuatkan penganjur sendiri tersenyum. Setiap individu yang hadir ke acara datang dan pulang dengan selamat.

Harga tiket berjumlah RM70 disekalikan dengan Self Covid-19 Test Kit dan penonton dinasihatkan untuk datang 2-3 jam lebih awal untuk membuat pemeriksaan Covid-19. Begitu juga dengan krew dan ahli band yang terlibat, mereka juga perlu membuat pemeriksaan ini terlebih dahulu sebelum masuk ke venue.

Bagi penulis, itu adalah langkah yang selamat dan berjaga-jaga oleh pihak penganjur dan harus diterapkan untuk penganjur akan datang memandangkan sekarang kita berada di fasa norma baharu.

Apa yang menarik sepanjang acara berlangsung?

Pembukaan acara oleh Servants yang membawa wajah Emo band Puchong membuatkan ramai penonton terpegun dengan lagu-lagu yang disampaikan. Walaupun pada awalnya penonton masih segan silu untuk memenuhkan ruang berdekatan dengan stage tetapi lagu I Wish It Was Only You telah mendapat tempat di hati peminat membuatkan slot lagu itu bergema dengan suara penonton yang turut ikut menyanyi bersama.

Persembahan kedua oleh Rudeen mula membuatkan penonton naik gila. Rudeen semestinya pandai mengawal penonton dan masuk bersama ke dalam alam muzik yang disampaikan olehnya. Tampil dengan gaya yang amat versatile boleh membawa pelbagai jenis genre – rap, hardcore, dan pop punk terutamanya. Sesiapa yang baru menonton live Rudeen untuk pertama kalinya pasti akan terus jadi fan boy/girl.

Persembahan ketiga pula adalah Loko. Industri muzik mana yang tak kenal dengan Loko yang membawa genre Indie. Loko yang semestinya popular dengan lagu Pujaan Hati telah membuatkan penonton berdansa dan melompat dengan lagu -lagu yang dimainkan oleh mereka. Dengan line up yang baru mampu membuatkan Loko band terus maju dan kuat untuk terus ke hadapan.

Persembahan seterusnya pula oleh legend yang telah menapak dalam bidang muzik sejak dari tahun 2004 iaitu Skudap Skudip. Melihat sahaja pada penonton yang datang dengan memakai baju suit Ska telah membuatkan penganjur percaya bahawa Ska masih kuat dalam hati peminat sekarang.

Acara ini telah ditutup dengan persembahan terakhir oleh Kyoto Protokol yang membawakan beberapa lagu baru dan semestinya wajib dimainkan adalah lagu ketika di Versus dulu, Tiada Lagi Kidungmu oleh Lefthanded semestinya membuat penonton bersorak.

Tahniah untuk penganjur, crew, semua band yang terlibat dan juga kepada penonton yang hadir dalam meraikan acara yang sebegini. Moga tahun ini bukan tahun terakhir buat penganjur Kerja Gila dan terus membuat acara seperti ini di masa akan datang.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅