Pesanan May of Scarlet Terhadap ‘Hipokrit’ Dunia

oleh Anome
864 views

Bermula dengan Bukti, diikuti dengan Afornisme, kini kugiran Energetic Post Hardcore May Of Scarlet kembali dengan sebuah video muzik (MV) untuk single terbaru mereka, Hipokrit. Hadir dengan jangka masa selama 3 minit 40 saat, single ini telah dilancarkan pada tanggal 16 Disember 2021 di saluran YouTube mereka.

Hipokrit berkisar tentang pesanan kepada semua individu untuk maju ke hadapan meninggalkan kisah silam diri. Bagaimana individu itu melakukan pelbagai cara untuk meneruskan hidupnya sekalipun, beliau tidak keseorangan dan masih ada yang lain untuknya.

Menarik tentang MV Hipokrit ini adalah pada penggunaan cermin dan ular sebagai konsep dan metafora utama. Seperti kita sedia maklum, cermin dan ular sinonim dengan dua benda sama yang berlawanan, seperti dua sisi duit syiling dan juga sebilah pedang bermata dua.

Ketiga-tiga single Bukti, Afornisme, dan Hipokrit  diambil daripada album Menangislah mereka yang bakal diluncur tidak lama lagi. Dengarkan Hipokrit di laman YoTube rasmi May of Scarlet. Ikuti juga laman media sosial mereka di Facebook, Twitter, Instagram dan juga Spotify untuk kemaskini terbaru album mereka yang bakal menjenguk tidak lama lagi.

Laman Sosial May of Scarlet:

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati