Judos Lancar Debut Single ‘Always’

oleh Anome
684 views

Pada tanggal 23 Disember 2021, kugiran alternatif yang berasal dari Johor Bahru, Judos telah melancarkan video lirik rasmi debut single mereka yang berjudul Always. Single tersebut telah diluncurkan di saluran YouTube Hazardgeek Records dengan jangka masa selama 3 minit 10 saat.

Judos menafsirkan mereka sebagai sebuah kugiran yang hadir secara spontan dengan nama sukan yang dipilih secara rawak. Jika diterjemah makna perkataan yang diambil daripada bahasa Jepun, Judo membawa makna cara yang penuh lemah lembut. Sama seperti seni pertahanan diri tersebut, meskipun setiap pergerakannya penuh lemah gemalai tetapi mampu menjatuhkan lawan yang lebih besar dan gagah.

Judos dianggotai oleh Aishah (vokal), Aiman (gitar utama), Naza (gitar), dan Danial (bass dan dram sementara). Menerapkan makna nama Judos itu sendiri, mereka hadir dengan konsep Lo-Fi dan Bedroom Pop sebagai paksi muzik mereka.

Dengarkan Judos di saluran Youtube HazardGeek Records, Apple Music dan Spotify. Ikuti laman Instagram mereka untuk perkembangan terkini muzik mereka.

Ikuti Judos di laman rasmi:

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati