Metalcore, sebuah genre yang dahulunya pernah gah di bumi Malaysia sekitar 2010-2012 dengan kemunculan kugiran-kugiran seperti The Padangs, Massacre Conspiracy, Ballad for Layla, Incarnation dan banyak lagi. Walaupun kini genre ini dikatakan suam-suam kuku, masih ada kugiran baharu yang cuba membawa kembali genre ini, salah satunya adalah Beyond The Misguided yang baru sahaja melancarkan single berjudul Paksi Tiga di Saluran Youtube pada 13 Julai 2023.
Beyond The Misguided lahir ketika berlakunya pandemik Covid 19 pada 2021 oleh lima orang anak muda iaitu Zarief (vokal), Nikki (Gitar), Jet (Gitar), Amir (Bass), Dan Vish (Dram). Menjadikan As I Lay Dying, Killswitch Engage, Massacre Conspiracy dan Sekumpulan Orang Gila sebagai inspirasi, mereka pernah melancarkan single pertama iaitu Evermore dan mendapat sambutan yang baik oleh pendengar dan kini hadir kembali dengan single Bahasa Melayu pertama iaitu Paksi Tiga.
“Kelainan yang kami cuba nak tonjolkan adalah membawa kembali beberapa elemen metalcore dan juga eksperimen dengan sound and instrument tambahan macam choir, strings dan sebagainya.”
Menurut Nikki, Paksi Tiga menceritakan tentang penindasan yang bermaharajalela di zaman sekarang oleh individu yang mempunyai kedudukan, pengaruh dan rupa (ni kes selek ke macam mana?). Kita boleh lihat dalam penceritaan single ini, semuanya dimanipulasi oleh mereka yang kononnya budak baik namun realitinya cukup berbeza.
“Single Paksi Tiga ni track yang paling lama duration (asalnya 6 minit lebih) dan kitorang pecahkan part instrumental awal yang sepatutnya ada dalam single tapi kami jadikan intro track sebelum masuk track Paksi Tiga ni dalam EP yang tengah proses nak siap ni. Ni jugak first attempt lagu melayu dari kami. Track ni dibuat jugak untuk try tarik crowd yang bukan dengar metal saja sbb tu chorus tu clean parts dan tak banyak breakdown. Kami cuba go sedikit commercial yet keep it memorable dengan mengutamakan melody yang catchy.”
Menjadikan Melodic Metalcore sebagai sumber tenaga, muzik yang ditulis oleh mereka ini membuktikan mereka lebih matang berbanding single sebelum ini iaitu Evermore. Walaupun tempo lagu ini agak sederhana, namun tenaga yang diberikan agak selari dengan tema. Untuk instrumen, aku agak terkesima dengan kerja gitar yang melodik dan chugs yang garing, vokal jeritan dan clean yang cukup sifat, bunyian besi dari bass yang memberi adrenaline dan akhir sekali, paluan dram yang tepat di setiap elemen digaul dengan lirik hasil tulisan Matafikir. Namun jauh di sudut hati, aku rasa lagu ni boleh digarap lagi.
Bila aku dapat tahu lagu ni 5 minit aku agak risau akan cepat bosan namun ternyata aku salah. Sebenarnya 5 minit itu bukan kerisauan, cara penerimaan kita sendiri terhadap lagu. Dan aku tiada isu di situ cuma ingin mengingatkan bahawa untuk penulisan lagu metal, kita kena tahu ke mana lagu hendak pergi dari awal hingga ke akhir dan bukan sekadar untuk tunjuk siapa terpaling teknikal dan terpaling solo. Untuk kualiti aku rasa tiada masalah kerana Adek SOG ni bukan calang-calang orang bab adunan dan mastering memang makanan dia. Kalau tanya aku antara Evermore dan Paksi Tiga, aku pilih Paksi Tiga sebab kualiti dan permainan gitar yang semakin matang.
Secara keseluruhan, Beyond The Misguided telah membuktikan metalcore masih hidup dan sihat cuma menunggu waktu untuk kembali menyinari industri muzik. Mereka juga kini dalam rangka menyiapkan sebuah EP dan akan diluncurkan pada tahun ini juga, semoga semuanya baik sahaja buat mereka.
Ikuti perkembangan Beyond The Misguided di: