‘Stronger Than Ever’ – Album Penuh Bertenaga Predicate Not Defined

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.1K bacaan

Jika sebelum ini unit yang digelar Predicate Not Defined (PND) yang dianggotai Azwi selaku vokal, Nashriq Fazi berada di posisi dram bersama Zayani Afiq dan Ahmad Fuad berada gitar utama dan bass, pernah tampil dengan single Intelligence Strive, kali ini mereka mengorak langkah ke hadapan dengan menerbitkan album terbaharu yang diberi judul Stronger Than Ever. Lebih menarik lagi, album ini hadir dalam bentuk fizikal berupa CD. Artwork pada kulit album yang menggambarkan kehancuran tamadun manusia dan runtuhnya Masjid Al-Sakhrah menjadi tema utama bagi hiasan CD format digipak ini.

Stronger Than Ever memuatkan tujuh buah trek, namun kuantiti lagu bukan menjadi isu utama dalam menghiburkan telinga pendengar. Buat penggemar metal tempatan, inilah album yang patut ada di dalam senarai main anda setiap hari. Riff gitar yang penuh berharmoni, ketukan double-pedal drum oleh Fazi yang energetik inilah menjadikan PND setanding dengan unit metal luar negara.  PND sememangnya tidak mengecewakan pada kali ini.

Buat yang tidak tahu, PND telah muncul beberapa kali dalam artikel sebelum ini. Pandangan yang dilontarkan kepada mereka disambut baik dan akhirnya berjaya juga formasi dari Pulau Pinang ini menghasilkan album keempat yang mencengkam.

Trek pertama yang berjudul Intelligence Strive ini pernah diulas oleh kami sebelum ini. Namun, lagu ini tidak patut untuk dilangkau kerana anda perlu dengar dahulu kualiti yang ditampilkan amatlah berbeza dengan rilisan sebelum ini.

2.Insulted

Sebuah trek yang menggambarkan marah melalui vokalnya yang agresif dan kurang jelas, seakan geram sebagai tambahan perisa melengkapkan lagu ini.

3.Gempita Sangkakala

Trek yang dimana bahagian tengahnya penuh dengan unsur metal moden, permainan bass yang jelas yang tidak gagal menerujakan pendengar.

4.Beyond Your Wildest Dream

Penulis tertarik dengan lirik di dalam lagu ini yang ada menyebut “failure is lesson towards better”. Lagu yang mampu memotivasikan jika dihayati dengan baik.

5. Cognitive Dissonance

Lagu yang memiliki kekuatan pada permainan gitar bass yang boleh didengari petikannya. Sebuah trek yang memberitahu tentang penyelesaian akan sesuatu dalam hidup.

6. Stronger Than Ever

Permulaan lagu yang memberikan goosebumps. Sebuah lagi trek yang menggambarkan sesuatu, Menurut Azwi, visi album ini adalah ingin menyampaikan pada semua bahawa PND masih wujud dan lebih hebat serta kuat dari sebelumnya.

Jika anda sudah biasa dengan band power metal seperti Pantera serta unit metal lain seperti Incarnation, maka inilah yang menjadi kiblat bunyi buat seluruh anggota PND dalam membingitkan telinga pendengar.

Secara umumnya album ni bertemakan kisah-kisah yang berlaku di persekitaran kita yang akan mematangkan kita seiring usia. “Stronger Than Ever” merupakan istilah kepada diri masing-masing supaya lebih kuat berbanding dulu untuk menghadapi cabaran-cabaran akan datang. Secara khususnya album ini dihasilkan untuk memberitahu band ini masih kekal aktif seiring zaman sejak tahun 2001 sampai sekarang. Dari segi lirik, ada falsafah, peringatan dan nasihat serta ekspresi dalaman.

Kembali kepada reviu, penulis gemar kepada trek ketiga berjudul Gempita Sangkakala. Lagu ini dimulakan dengan sampel suara seakan berita namun pada minit 1:58 harmoni gitar dan juga dram sangatlah diadunkan dengan baik. Tidak lupa juga, album ini ada menampilkan trek tribut kepada Sweet Charity iaitu Musibah. Seperti biasalah, tempo lebih pantas, nyanyian agresif serta ketukan drum yang maha dahsyat mewarnai lagu dan seluruh album ini.

Formula songwriting masih sama cuma untuk album ini direction ialah rebel, radical, groove, dynamics dan flow. Tidak deep dan fusion macam album yang lepas.

Lagu yang menjadi Song of The Album pada pandangan penulis adalah Beyond Your Wildest Dream. Lagu ini bukan sekadar pada melodi malah penulisan lirik yang memberikan inspirasi kepada pendengar.

Proses pembikinan album ni bermula dari pemilihan idea dan direction diikuti dengan songwriting, pemilihan riffing dan dynamics adalah sukar kerana hendak memenuhi konsep album dan direction, ada beberapa riffing yg menarik tetapi dibuang hanya kerana tidak kena dengan konsep. Seterusnya preproduction, untuk memastikan susunan muzik lebih tight. Proses rakaman dengan penghasilan drum track asas, merekod guitar guide, kemudian bass, dan seterusnya rhythm guitar. Tone dan sound gitar masih sama seperti album sebelum, gitar yg digunakan ialah gibson les paul lefty. Gauge pula diadario 0.11-0.52.

Album ini juga diberikan penutup yang hebat dengan lagu sepertimana tajuk albumnya iaitu Stronger Than Ever. Masih mengekalkan riff yang kompleks dan harmoni serta penyampaian lirik yang sarat dengan mesej.

Ikut Predicate Not Defined di:

Instagram

Facebook

Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅