‘Bingkisan’ – Karya Kerdil Berjiwa Gergasi!

oleh Rahmat Mohd Did
2.7K bacaan

Apwriter merupakan rapper yang bertapak di Papar, Sabah dan baru sahaja membebaskan lagunya yang berjudul Bingkisan di semua platform strim digital berserta video muzik (MV) yang boleh ditonton di saluran YouTube Apwriter pada 21 Ogos yang lalu bersamaan dengan tarikh hari lahirnya. Menurut Apwriter, lagu ini merupakan karya agung kepada perjalanan muziknya dan setakat ini MV tersebut telah ditonton lebih 11,000 kali.

Bingkisan telah mendapat sambutan yang baik daripada pendengar kerana lirik lagu tersebut yang mampu memukau pendengar tanpa paksaan. Hanya mereka yang berani mendalami lagu Bingkisan akan mendapat mesej yang cuba disampaikan melalui pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Namun bagi pendengar yang kurang faham tentang lirik yang disampaikan, mereka juga masih dapat berhibur dengan lagu tersebut dan merasa sebuah rasa yang baru di dalam industri muzik tanah air. Tambahan pula, lagu tersebut membawa tema kebangkitan justeru menyeru/ membawa orang ramai untuk menikmati kecantikkan dan keindahan bahasa Melayu itu sendiri.

Lirik lagu Bingkisan dihasilkan sepenuhnya oleh Apwriter dan dibantu oleh LokoyBeats dan Nadeem’s Studio bagi pembikinan dan rakaman lagu seterusnya diserikan oleh Karya Awang dengan MV yang luar biasa.

Lagu berdurasi 4 minit 33 saat ini amat sesuai untuk semua golongan masyarakat dan sekiranya pembaca belum mendengar single terbaru Apwriter ini, boleh tonton video muziknya di YouTube atau di platform-platform strim digital pilihan anda.

Ikuti Apwriter di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅