Tiga tahun tanpa apa-apa perkembangan, secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran kugiran Beatdown/ Hardcore Metal Heavyweight World Championship Esclave857 meluncur single terbaru mereka yang berjudul Serpents Tongue sekaligus menerbitkan EP sulung, juga berjudul Serpents Tongue.
Menerusi single ini, timbul sebuah elemen seram yang penulis rasakan sepanjang minit lagu ini berjalan dan ia juga sarat dengan pelbagai rasa seperti ingin memberi sepak terajang, headbanging dan mosh di gig serta penulis sempat membayangkan wajah-wajah yang penulis benci dan layak diberi “hadiah” jika bertemu di gig. Bagi peminat muzik berat, kalian harus mendengar mereka kerana selepas Crazy Grizzly, band ini mampu mengubat kerinduan untuk beraksi di kancah mosh pit dengan hentakan drum yang padu, paluan guitar dan bass yang cantik semestinya memberi kesan maksimum terhadap lagu ini ditambah pula dengan vokal mereka yang sememangnya garing seperti ayam goreng Texas Chicken.
Mereka juga telah melancarkan EP dalam format CD pada 31 Ogos menerusi pra-pesan selama 2 minggu di laman media sosial Freshtown Records dan single terbaru ini juga boleh didengari di platform media seperti Spotify, Apple Music dan Bandcamp. Untuk EP ini juga mereka menampilkan vokalis undangan iaitu Brother BIG dari Endzeil menerusi lagu Internal Struggle. Kulit album dihasilkan atas kolaborasi bersama HEAVYSENI. Menurut mereka, ini adalah projek kolaborasi pertama mereka untuk kulit album band-band tempatan.
Bahagian teknikal seperti ‘Recording, Mixing dan Mastering’ pula mendapat sentuhan berkualiti dan kerjasama daripada Zarif Muazzam (Crazy Grizzly) dari MAP MUZIK/ Spunkdok @ Lotus HQ. Seperti yang kita tahu Zarif Muazzam ini merupakan sound engineer yang faham tentang muzik berat dan aspek teknikal dan sentuhan magik yang dihasilkan oleh Zarif di dalam EP ini boleh dikatakan setanding dengan standard muzik berat yang berada di dalam industri pada masa kini. Buat band di luar sana yang ingin mendapatkan khidmat beliau boleh menghubungi Instagram Spunkdok @ Lotus HQ untuk lebih lanjut. Harga memang kacak dan hasilnya mantap sekali.
Penulis juga sempat menghubungi vokalis mereka iaitu Hutch untuk mengetahui lebih lanjut tentang single dan EP ini. Berikut adalah jawapan beliau.
Kitorang letak single Serpents Tongue dulu sebab inilah main song that we want to give a highlight. And we want to spread a strong message to everyone yang down and depressed.
Pasal EP ni, kenapa sekarang baru kitorang nak release? Sepatutnya tahun 2019 atau 2020 EP ni dikeluarkan tapi sebab process and progress kitorang agak slow but it’s fine. 2021 still a good year for us to release something.
Tema yang ingin kami sampaikan untuk EP ini ialah Self-Empowerment di mana kita tujukan lagu ini kepada sesiapa yang lack of confident and give a motivation to be better in future at the same time kita nak buang benda lama dan start a fresh one.
Untuk Esclave aku tak harap apa-apa yang lain melainkan kerjasama dengan Freshtown Records yang bagus dan juga next material ni kitorang akan bagi lebih baik di masa hadapan.
Tahniah Esclave atas pelancaran EP. Penulis mendoakan kesejahteraan kalian dunia dan akhirat. Teruskan perjuangan kalian dan ada rezeki kita akan bertemu. Adios!
Ikuti Esclave di: