Pesan Akhir Zaman Dari For Heaven’s Sake

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

For Heaven’s Sake

Anda peminat August burns Red, Protest the Hero, Ocean Ate Alaska dan Polaris?Jika ya, anda wajib beri peluang kepada single terbaru For Heaven’s Sake iaitu Philanthropy selepas sekian lama mereka mendiamkan diri. Dilancarkan pada 27 Ogos 2021, video muzik (MV) yang mendapat sentuhan NPTV ini kini boleh dinikmati di YouTube.

Buat yang tidak mengenali, For Heaven’s Sake atau panggilannya FHS merupakan sebuah band yang berpaksikan Progressive Metalcore dari Subang Jaya dan ditubuhkan pada tahun 2015. FHS pada asalnya dibarisi lima orang anak muda iaitu Izze (Vokal), Nawi (Vokal/Gitar), Apek (Gitar), Ami (Bass) dan Eddy (Drum) dan sepanjang lima tahun penubuhan mereka sempat melancarkan tiga buah lagu iaitu Heart Trapped, Dying Light dan yang terbaru, Philanthropy. Pada tahun 2021, mereka membuat rombakan dan perubahan dari sudut ahli dan telah membawa masuk Fariz aka Nata yang sebelum ini pernah menjadi vokalis band Dial M For Murder.

Untuk single Philanthropy ini, penulis boleh kategorikan FHS sebagai sebuah band yang berani kerana mampu membawa satu bunyian baharu dalam muzik Metalcore di Malaysia bukan sahaja dari aspek riff guitar, bass dan drums, malah susunan lagu yang ditampilkan juga mantap sekali dan kehadiran Fariz memang sesuatu yang segar buat FHS. Untuk kualiti, tidak dinafikan Parallel Records telah memberi suntikan terbaiknya bagi proses adunan dan mastering serta menepati bunyi standard metal dan seakan-akan band ini dari luar negaraPenulis agak tertarik dengan lenggokan gitar yang dihidangkan, sangat bersih walaupun pelbagai not yang dipetik dan penulis yakin Apek dan Nawi telah bertapa di “markas” mereka untuk mendapatkan permainan sebegini rupa.

Penulis juga sempat berbual dengan Nawi tentang Philanthropy dan ini jawapannya:

Lagu Philanthropy ni dia more on isu dunia akhir zaman, di mana dunia kini kebanyakannya dipegang oleh tentera-tentera dajjal, dan terus menerus menekan umat-umat yang berada di jalan kebenaran dan kami ingin memberi mesej kesedaran pada pendengar, yang zaman sekarang ni kita diuji dengan bnyak fitnah, cabaran, dugaan, ku pasrah ,ku akur 786 Alhamdulillah syukur. Ehh tiber. Gurau. Berbalik kepada lagu Philanthropy ni, kalau kita boleh tengok pada awal lagu, liriknya lebih kepada nak menyedarkan para pendengar yang dekat dunia akhir zaman ni yang umat kita sentiasa dipijak dan tak diendahkan.

 

Kita boleh dengar yg liriknya ke arah mengajak umat untuk bersatu sebab akan tiba satu masa di mana wakil umat kita akan tiba sebagai rahmat Tuhan di mana “Wakil” itu akan berada di bumi atas dasar kebenaran, dan menjadi antara Philanthropist yang sentiasa menyebarkan kebaikan cuma dalam teks kali ni bukan saja dari segi sumbangan kewangan, malah dari segi tenaga, ilmu dan amalan.

Menurut Nawi lagi, mereka mempunyai misi besar iaitu penjenamaan semula dan akan mengeluarkan lagi material dan dalam masa sama mereka juga dalam proses akhir untuk beberapa lagu dan bakal mengeluarkan album pertama tidak lama lagi.

Tahniah buat For Heaven’s Sake atas pelancaran single setelah sekian lama berehat. Semoga single terbaru ini memberi manfaat yang baik buat para pendengar baru mahupun yang lama. Dan semoga kalian terus maju dalam memastikan For Heaven’s Sake mendapat tempat di hati peminat Metalcore di seantero dunia dan sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan dunia akhirat masing-masing. Adios!

Ikuti For Heaven’s Sake di:

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅