Pein Tak Bagi Muka

Dengan konsep tak pilih bulu, Pein kini muncul dengan single terbaru "Takde Snare. Tepat pukul rata semua lapisan masyarakat, dari selebriti ke ahli politik.

oleh Mohd Aqil Aiman
1.1K bacaan


Takde Snare baru sahaja diluncur di saluran YouTube KLG Gang Official pada 02 September jam 8.30 malam. Lagu yang berdurasi 3 minit 49 saat ini bukan sahaja merosakkan telinga penulis dengan baris-baris yang utuh, malah ia seakan “Blueprint” kepada pendengar yang mahu mengkaji tentang Rhymes Schemes, WordPlay dan Punchlines.


Pein yang berasal dari Klang telah jatuh ke kancah Hip Hop tanah air sejak tahun 2014 apabila beliau bergerak secara Duo brsama Fahmi Anuar.

Beliau yang terinspirasi dengan Eminem, Rakeem, Jay Electronica Rhyme Assylum, LNG, The Bat Cave dan Aidy’Ad sejak belasan tahun mempunyai satu identiti yang jarang-jarang kita jumpa di Malaysia dan ia amat dialu-alukan dalam skena yang semakin tepu.

Pein tetap aktif dalam RAP
Pein yang pernah mendapat tempat pertama dalam “HMO AUDIO RAP BATTLE” pada tahun 2018, berkolaborasi dengan DJ Fuzz dalam lagu Krayzee dan  Tahun Lepas bersama Saballa masih kekal merendah diri. Beliau masih berkolaborasi dengan artis-artis bawah tanah yang lain seperti Liqanamia dan SPC Mneyy dalam lagu We’re Going Up serta Mortal dalam lagu Bulan The Adventure of Pein & Mortal.

Berbalik kepada Takde Snare, ia dikeluarkan setelah penyertaan untuk #TakdeSnareChallenge berakhir pada 30 Ogos yang lalu.

Akhir kata, jangan lupa ikuti Pein di media sosial beliau:

Instagram

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅