Bobby D Tampil Leaism Dan Izhar Dalam ‘Siapa’

oleh Rahmat Mohd Did
1.5K bacaan

Artis baharu di bawah label Hear Me Out (HMO) Records, Bobby D baru sahaja melancarkan single Siapa yang turut menampilkan Leaism dan Izhar pada 18 Disember lepas.

Setelah tiga tahun berkecimpung dalam arena hip hop underground, Bobby D atau nama sebenarnya Muhammad Sharif bin Sharol menyajikan kelainan apabila berkolaborasi dengan Leaism yang lebih cenderung ke arah soul dan diperkemaskan lagi dengan kehadiran Izhar, salah seorang anggota TTONTHEMOVE.

Lirik lagu Siapa ditulis oleh Bobby D dan Izhar dan mengisahkan tentang percintaan tiga segi yang pernah dialami di mana menurut Bobby D, tentang seorang wanita yang buntu dalam memilih siapa yang patut mengisi
kekosongan hatinya. Dua orang jejaka yang tampil pada waktu yang sama cuba untuk memikat hati wanita tersebut. Mereka cuba buktikan yang mereka layak memenangi hati wanita itu dan pada waktu yang sama mereka sebenarnya telah dicurangi oleh wanita tersebut.

Single Siapa kini boleh didengari di semua platform digital
termasuk YouTube, iTunes, Apple Mucic, Spotify, TIDAL dan banyak lagi.

Ikuti meereka di:

Bobby D
Izhar
Leaism

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅