Amarah Badut Gelap

oleh Rahmat Mohd Did
1.6K bacaan

Penulis pertama kali mendengar karya kumpulan nu metal asal Sarawak ini melalui single “Diss Me” yang baru sahaja diterbitkan pada 24 Disember 2020 lepas. Terus terang, atmosfera dan liriknya agak gelap dan mengganggu tetapi dalam masa sama, unik dan membuat penulis ingin tahu lebih lanjut tentang mereka.

Mendengar lagu-lagu lain di Spotify mereka, ternyata Dark Clown menawarkan sesuatu yang berbeza dan semestinya usaha sebegini amat dialu-alukan.

Jika kalian pendengar baru, mendengar “Diss Me” sahaja pastinya tidak cukup kerana karakter lagu-lagu lain mereka seperti “Activist,” “Last Sunrise” dan “Jump” membawa nostalgia zaman kegemilangan nu metal awal 2000an yang sangat baik dan berpotensi.

Menurut mereka, Dark Clown ditubuhkan pada 2006 setelah Fontaine (vokalis) menjalankan kajian sosial terhadap kehidupan remaja di sekolahnya yang kebanyakannya mengalami kemurungan dan menjadi mangsa buli. Semasa menjalankan kajian, dia menemubual ramai rakannya dan mengetahui bahawa kebanyakan mangsa buli ini mendengar muzik gangsta rap kerana lirik-liriknya yang mewakili kemarahan mereka terhadap persekitaran dan orang sekeliling. Dengan ini, Dark Clown dibentuk sebagai gerakan dan suara yang mewakili mangsa.

Hari ini, Dark Clown terdiri daripada Fontaine (vokal), Dayvies (gitar), Bary (drum), Slappy (bass) dan Madface / Lawrance sebagai pengurus.

Dengarkan amarah Dark Clown melalui lagu-lagu mereka yang penuh lirik bermakna di Spotify dan ikuti mereka di:

Facebook
Instagram
YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅