Brainstew Laungkan ‘Suara Peralihan’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2K bacaan

Selepas bertahun-tahun memeram rasa, Brainstew akhirnya meluncur sebuah lagu berjudul Suara Peralihan pada 2 Julai 2021.

Kuartet Pop-Punk yang berasal dari Muar ini dianggotai oleh Afi (vokalis/gitaris), Faiz (gitaris utama), Ajim (bassist), dan Narz (drummer). Brainstew sebelum ini pernah muncul dengan single mereka yang pertama iaitu Boneka dan selepas tiga tahun menyepi tanpa sebarang rilisan, mereka kembali dengan nafas baharu dan lebih mengasyikkan apabila mengambil langkah bijak bergandingan bersama Andi Zephyr dalam single terbaharu ini.

Suara Peralihan mungkin sesuatu yang agak mencabar untuk dihasilkan kerana segala proses dibuat ketika dunia sedang dilanda pandemik. Kekangan masa dan pergerakan membuatkan penghasilan single ini sedikit tergendala dan menyulitkan. Namun, ia juga memberi kelebihan kepada mereka untuk memantapkan lagi cambahan idea dan susunan muzik dalam Suara Peralihan.

“Kami sebenarnya agak teruja kerana ini adalah lagu pertama yang paling elok pernah kami hasilkan.” Afi, vokalis Brainstew.

Naskah ini mengambil inspirasi daripada Superman Is Dead, Social Distortion dan juga sedikit rencah daripada kugiran Punk Rock tersohor dunia, Green Day.

Suara Peralihan sudah semestinya akan membuatkan anda melayang menerjah dimensi baharu muzik tempatan dan memecah kebuntuan pendengar yang dahagakan sesuatu yang baharu.

Menerusi sedikit bedah siasat penulis, easy listening. Itu sahaja yang penulis mampu ungkapkan. Boleh dikatakan Brainstew sangat berani bukan sahaja dalam menghasilkan sebuah lagu yang baik, malah produksi video muzik (MV) mereka yang DIY juga penulis puji. Kredit kepada semua yang menjayakan MV ini. Untuk kualiti, tiada masalah. Boleh diterima masyarakat.

Tahniah buat Brainstew atas pelancaran single yang baru. Penulis mendoakan kalian sukses di masa hadapan dan penulis tidak sabar untuk melihat mereka beraksi satu hari nanti. Adios!!

Ikuti Brainstew di:

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅