Crazy Grizzly Menongkah Arus Dengan Album Inggeris Pertama

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

Setelah setahun bertapa, Crazy Grizzly akhirnya tampil bersama rilisan terbaharu berjudul Tergiversate. Album ini mengandungi sembilan buah lagu dan kesemuanya dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Untuk naskah kali ini, mereka turut menampilkan vokalis undangan iaitu Ayeen dari Patriots dan Seakan Bintang. Mengambil masa setahun di kala berlakunya pandemik Covid-19 di Malaysia pada tahun lalu, keseluruhan produksi rakaman dilakukan di Spunkdok @ Lotus HQ di Johor Bahru manakala proses adunan dan mastering dilaksanakan oleh saudara Ricky Aprianto dari Rostel Records di Indonesia.

Tergiversate agak berbeza berbanding album Pendita Gila sebelum ini kerana Crazy Grizzly telah memberi satu corak muzik baharu serta segar seperti buah mangga harum manis. Jika sebelum ini mereka membawakan genre Post Hardcore, kali ini mereka membawakan genre New Wave Metalcore yang terinspirasi daripada beberapa kugiran metalcore luar negara. Kekuatan album ini adalah pada konsep yang lengkap serta memastikan muzik yang dibawa selari dengan visual album yang berkonsepkan futuristik.

Terdahulu, Crazy Grizzly berjaya melebarkan sayapnya dengan melancarkan album Pendita Gila pada 2019 dan dalam masa yang sama mereka melancarkan Album Tour Jerayawara bersama Operahaus di beberapa buah negeri di dalam Malaysia dan pada tahun 2020, mereka telah menjadi semi-finalis untuk Anugerah Lagu Indie 2020 bertempat di Angkasa Event Space, Kuala Lumpur.

Dengan taruhan muzik yang lebih berkualiti kali ini, Crazy Grizzly berharap agar mereka diterima oleh -peminat-peminat baharu mahupun yang lama dalam usaha untuk memberi sebuah impak yang tepat pada masa hadapan. Hasrat Crazy Grizzly kepada para pendengar adalah supaya muzik mereka terus didengari, dihargai dan dikongsi sejauh yang boleh.

Senarai Lagu Tergiversate

1. Burj

2. Phoenix

3. Pyromania

4. The Saddle of Horses

5. Death Stranding

6. The Seven Sleepers

7. Predestined (feat. Ayeen Patriots)

8. Moribound (feat. Seakan Bintang)

9. Tergiversate

Jika ditanya lagu kegemaran penuli, semestinya Death Stranding dan Predestined kerana idea yang ditampilkan segar dan mudah diingati bukan sahaja pada susunan lagu malah pada kekuatan vokal yang dibawa oleh Marzuki dan Zarif membuktikan bahawa Crazy Grizzly yang datang dari Johor Bahru ini mampu memberi impak yang setanding dengan band-band terkemuka lain.

Album yang berharga RM 30.00 ini diedarkan oleh Spunkdok @ Lotus HQ bersama Freshtown Records dan boleh didapatkan dengan menghubungi nombor Zarif 019-9132966, Yen 011-23747995 dan Ayep 017-7123234.

Ikuti Crazy Grizzly di:

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅