Budak Nakal Hujung Simpang Bawa Ceritera Keangkuhan Manusia Dalam ‘Sadar’

oleh Anome
1.8K bacaan

Sempena kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini, kugiran ska/ reggae Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS) telah mengumumkan pelancaran single terbaru mereka yand diberi judul Sadar yang menemui peminat pada 8 April 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 15 saat di platform media penstriman Youtube, Spotify, Apple Music, dan Deezer.

Menarik tentang Sadar, lagu ini telah dinobatkan pencalonannya dalam pentas Muzik-Muzik 37 baru-baru ini dan telah pun beberapa kali dimainkan secara langsung. Sadar merupakan salah satu trek dalam album kedua BNHS yang dijadualkan menemui pentegar muzik tempatan selepas musim perayaan nanti.

Menurut BNHS, Sadar mengisahkan tentang bagaimana seseorang manusia itu terlalu sibuk berkehendak dan mencintai dunia sehingga terlupa apa ertinya menjadi seorang hamba. Kerana terlalu leka mengejar nama, pangkat, dan juga harta, manusia itu seolah-olah terlupa  dan akhirnya hanyut dalam dunia simulasi ciptaannya sendiri.

Jika diulas lebih lanjut, Sadar itu sendiri menceritakan tentang keangkuhan diri manusia yang sentiasa merasakan diri mulia, malah lebih baik dan sentiasa hebat daripada yang lainnya. Angkuh dan ego, itulah perkataan yang tepat bagi menggambarkan sifat manusia sehinggakan tanpa sedar bertukar zalim dan rasa mampu menidakkan takdir dan kehendak-Nya.

Memetik kata Budak Nakal Hujung Simpang mengenai Sadar itu sendiri;

“Walau beribu kali, bunyi dan cerita kami cuba dimatikan, dengan apa cara, mahupun alasan, mana mungkin segala percaya dan ketentuan itu dibunuh dengki dan khianat manusia?

 

Mana mungkin kebenaran itu akan lenyap? Dilenyapkan oleh mereka yang terlalu mencintai dunia? Atau mereka yang mencari kemasyuran dengan menyembunyikan kebenaran?”

Dengarkan Sadar di platform penstriman digital Youtube, Spotify, Apple Music dan Deezer serta ikuti saluran media sosial rasmi BNHS di Facebook, Twitter dan Instagram untuk perkembangan album kedua mereka yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅