Scorpions bertindak menukar lirik lagu epik mereka Wind Of Change sebagai protes terhadap perang di Ukraine.
Dalam satu konsert jelajah di Amerika, mereka menukar bahagian permulaan daripada “Follow the Moskva, Down to Gorky Park‘ kepada “Now listen to my heart / It says Ukraine, Waiting for the wind to change“.
Lagu Wind Of Change ialah antem keamanan Rock terbesar pada dekad 90-an serta dikatakan punca keruntuhan blok komunis Soviet Union dan Tembok Berlin.
Ia dicipta oleh Scorpions ketika mereka berada di Russia pada tahun 1989 untuk misi dan konsert keamanan semasa penghujung kejatuhan era Soviet.
Lagu itu sangat diingati kerana wisel siulan pada bahagian intro dan melodi yang mendayu-dayu (seperti lagu Melayu). Bahagian solo gitar oleh Rudolf Schenker pula dianggap antara yang paling tuntas menggambarkan impian kepada keamanan sejagat.
Menurut vokalis, Klaus Meine:
Wa rasa ini bukanlah masa yang sesuai untuk meromantiskan lagi Russia setelah apa yang mereka lakukan (serangan) pada Ukraine….
Scorpions berasa ralat kerana lagu mereka itu berkait dengan Russia yang jelas telah melakukan tindakan agresi perang dan cubaan menakluk ke atas Ukraine.
Mereka berharap lagu epik mereka ini akan terus berkumandang sebagai antem keamanan untuk semua negara di dunia.
Antara band lain yang turut bersolidariti dengan Ukraine ialah Jinjer, Behemoth, System of A Down, Pink Floyd dan ramai lagi.
#ChivasAlexandria