Asal Usul Grafik Satira Sebelum Fahmi Reza – God Save The Queen (Sex Pistols)

oleh Chiv Iscandar
3.5K bacaan

Sebelum kehadiran aktivis Fahmi Reza yang sering menjadi sasaran kontreversi, grafik satira politikal telah lama menjadi tradisi dalam era muzik moden.

Ia bukan sesuatu yang baharu kerana hampir 45 tahun lepas, kumpulan Sex Pistols yang juga dianggap band punk termasyhur dan paling besar dalam sejarah muzik adalah yang pertama membuat grafik satira dan diadaptasikan secara terbuka untuk menghentam masyarakat arus perdana UK dan politik termasuklah institusi diraja.

Dalam single punk termasyhur ‘God Save The Queen‘, Sex Pistols menggunakan grafik berbentuk satira yang memaparkan permaisuri British, Queen Elizabeth III sebagai kulit rekod tersebut.

Single yang diedarkan pada 27 Mei 1977 itu terus mendapat liputan meluas seluruh UK dan dengan grafik itu sebagai poster tema band, ia mendaki ke No. 1 dalam carta NME dan No. 2 di bawah lagu Rod Stewart dalam carta UK Singles.

Grafik tersebut dicipta oleh Jamie Reid, seorang artis punk dan anarkis di London yang diupah oleh Sex Pistols bagi kerja-kerja pembikinan kulit album mereka.

Fahmi Reza pernah berbicara tentang hasil seni dan konsep radikal Jamie ini dalam kelas forum beliau pada tahun 2016. Rujuk video di bawah:

Grafik Jamie itu benar-benar menimbulkan huru-hara kepada masyarakat UK dan reputasi Sex Pistols terutama kebangkitan era Punk ketika itu semakin melonjak, seiring dengan lagu-lagu mereka yang liar tetapi enak didengar (pop) dan bertenaga.

Akibatnya mereka telah diharamkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC) tetapi Johnny dan rakan-rakannya tidak pernah ditahan atas sebab satira politik. Sebaliknya, lagu ‘God Save the Queen’ telah melompat naik dalam carta-carta muzik UK. Dalam tahun yang sama juga, rekod punk terulung ‘Nevermind the Bollocks, Here’s The Sex Pistols’ (dan satu-satunya album studio Sex Pistols) yang turut mengandungi ‘God Save The Queen’ itu akhirnya dikeluarkan.

Sebenarnya, terdapat banyak versi grafik tersebut oleh Sex Pistols antaranya versi tidak bewarna dengan safety pin dicucuk dalam lubang hidung Queen sambil bola mata bertanda Nazi.

Di negara yang lebih maju, ia bukan sesuatu yang aneh untuk mempersenda permaisuri, presiden dan selebriti dengan cara yang lucu dan bersahaja. Tetapi, mereka tidak pernah sentap dan menanganinya dengan cara diplomatik berbanding kekerasan atau paksaan.

Tujuan Sex Pistols mempersenda institusi diraja British hanyalah dianggap sebagai ‘shock value’. Walaupun bersifat gasar dan jalan(g)an, namun Sex Pistols terpuji kerana berani melontarkan isu-isu masyarakat terpinggir seperti pengangguran, kebosanan hidup dan korupsi di UK kerika itu. Antara yang sering menggunakan Shock Value seperti Sex Pistols ini ialah seperti Kanye West, dan Donald Trump.

Baru-baru ini, rangkaian HULU telah mengeluarkan minisiri drama bertajuk ‘Pistol’ arahan Danny Boyle yang berkisar tentang kisah rock n roll gitarisnya, Steve Jones.

Untuk rekod juga, Sex Pistols sangat dipandang tinggi dalam dunia muzik dan ramai yang telah memberi penghormatan merakam semula lagu-lagu Sex Pitols dalam versi mereka seperti Megadeth, Motley Crue (Anarchy In the UK) dan Motorhead.

Bagi originator grafik satira Jamie, beliau kini berusia 75 tahun dan masih anakis, hebat dan bergaya seperti zaman punk rock nya, namun karya grafik beliau yang memperolok Permaisuri dan institusi diraja British kekal menjadi legasi.

Aset terbesar artis selain kepakaran ialah kebebasan ekspresi. Mereka mencoret sejarah dan kehidupan dengan cara tersendiri maka tidak wajar ia disekat.

Dengan ekspresi itulah, mereka mengubah hidup dan memberi inspirasi kepada kita.

Bob Marley tidak akan dapat menyampaikan reggae kemanusaannya jika disekat, Kurt tidak akan dapat melontar raungan grungenya jika dihambat, dan Black Sabbath tidak akan dapat menyebarkan keunggulan Metal jika disagat.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅