Gerard Way (MCR) 45 Tahun – Emo Pop Punk Selamanya

oleh Iscandarz
619 views

Vokalis My Chemical Romance (MCR), Gerard Way telah menginjak ke usia 45 tahun pada 9 April 2022 semalam.

Ramai kalangan kita membesar dengan lagu-lagu MCR dan vokal Gerard yang serba emo dengan lantunan punk rock sentiasa menghantui kita semua.

Dilahirkan pada tahun 1977 (tahun yang sama dengan Chester Linkin Park dan 50 Cent), Gerard asalnya mula bermain muzik setelah dihadiahkan neneknya sebiji gitar seawal usia 8 tahun.

MCR mencanak naik dengan kemunculan album ke-2 ‘Three Cheers for Sweet Revenge” pada tahun 2004 yang membariskan lagu klasik seperti Helena dan I’m Not Ok.

Lagu Helena dan Im Not Ok telah mendapat airplay yang sangat tingi di rangkaian MTV pada 2005 dan sejak itu, gaya persembahan vokal Gerard menjadi sebutan seluruh dunia dalam arena muzik Rock. Ia disusuli dengan album emo punk terepik ‘The Black Parade’ pada tahun 2006.

Namun, sebenarnya yang benar-benar menyerlahkan MCR hingga ke tahap tinggi adalah vokal Gerard sendiri. Walaupun dikatakan meniru Bert (The Used) pada awal kemunculan, tetapi Gerard memiliki aura tersendiri untuk Emo Pop Punk.

Dengan Gerard sebagai ikon utama, Emo Pop Punk akhirnya menjadi genre terbesar dalam sekitar 2005-2010 seiring dengan Paramore dan lain-lain.

Oleh kerana Gerard seorang punk rock, beliau juga merupakan aktivis yang menyokong banyak pergerakan sosial seperti LGBT, hak transgender dan kemanusiaan. Beliau adalah seorang anti-perang dan ini dapat dilihat dalam lagu-lagu MCR sendiri seperti ‘Ghost Of You’.

Untuk rekod, Gerard membuat band atas dasar politik sendiri kerana dia sendiri bekerja di New York ketika serangan World Trade Centre (WTC) pada tahun 2001 oleh fundamentalis dengan kapal terbang. Sejak itu, ia merasakan:

F*ck, aku perlu keluar dan menyanyi dalam dunia sebenar… Aku perlu beri kelainan kepada dunia.

Rapper Cardi B juga memandang tinggi MCR dan dalam satu ciapannya bulan lepas, dia berkongsi “They Dont Make Music Like This Anymore” – Budak Sekarang tak ada yang buat muzik (macam MCR) lagi.

Gerard dan vokal emo punk nya bersama MCR akan terus menjadi rujukan dan siulan selamanya.

Apakah part vokal Gerard yang paling anda semua ingati dalam lagu MCR?

Selamat Ulang Tahun Gerard!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati