Bunkface Hargai Peminat dan Sahabat Menerusi ‘Korang’

oleh Rahmat Mohd Did
430 views

Unit pop punk yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Bunkface telah melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul Korang pada 16 Mac 2022 diikuti video muzik (MV) pada 18 Mac 2022.

Tidak seperti kebanyakkan lagu-lagu Bunkface sebelum ini di mana majoritinya ditulis sendiri oleh Sam (vokalis), kali ini Sam berkongsi karyanya bersama-sama penulis yang lain seperti Epul Kuat, Izzy Musa dan Shahir. Anggota kumpulan yang lain, Youk & Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik.

“Lagu ini menceritakan tentang permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara independent sebagai Bunkface, dan kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama-sama dengan peminat dan sahabat-sahabat rapat di sekeliling kami yang tidak pernah putus asa berdiri teguh di belakang Bunkface. lagu ini adalah untuk korang semua!” – Bunkface.

Tambah Sam lagi, “Semua orang ada memori, semua orang ada hati, semua orang ada orang tersayang, semua orang ada korang.”

Dengarkan Korang di platform strim digital termasuk YouTube dan ikuti media sosial Bunkface untuk perkembangan terkini mereka.

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati