The Jethroes Luncur ‘The Sorcerer & The Knights,’ Petanda Album Baharu Yang Lebih Gelap dan Kelam

oleh Rahmat Mohd Did
1.4K bacaan

Unit Stoner, Psychedelic, Hard Rock Sabah, The Jethroes kembali dengan single terbaharu, The Sorcerer & The Knights. Video muzik (MV) bagi naskah ini menemui peminat pada 19 Mac 2022 di saluran YouTube mereka dengan durasi 6 minit dan 43 saat.

Dalam masa sama, mereka turut menerbitkan pakej single dua buah lagu lain berjudul Archaic Seer dan 240 yang boleh didengari dan dibeli di saluran Bandcamp The Jethroes.

[bandcamp width=100% height=42 album=2470774715 size=small bgcol=ffffff linkcol=0687f5]

Ketiga-tiga lagu ini (The Sorcerer & The Knights, Archaic Seer dan 240)  akan dimuatkan dalam album terbaharu mereka nanti, BATHEM yang mengandungi keseluruhan 12 buah lagu.

“Lagu-lagu yang terdapat dalam album BATHEM kelak merupakan fasa eksperimen dan telah diberikan nafas baharu, sedikit lebih kelam, dengan elemen occult eastern touches yang disuntik ke dalam setiap gubahan muzik dan lagu berbanding album pertama terdahulu iaitu Hellish Dogma.” – The Jethroes

Ikuti media sosial The Jethroes untuk sebarang pertanyaan dan perkembangan terkini mereka.

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅