Drummer Foo Fighters, Taylor Hawkins dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 50 tahun.
Menurut sumber rasmi Foo Fighters, Taylor diisytiharkan meninggal dunia dan meminta ruang privasi diberikan kepada keluarga dan anak mendiang.
Namun, tiada sebarang sebab kematian dinyatakan oleh Foo Fighters. Dikatakan Taylor mati mengejut sebelum mengadakan konsert di negara Columbia.
Kematian mengejut beliau telah meraih simpati daripada para peminat Foo Fighters seluruh dunia. Ini temasuklah Tom Morello RATM, Mike Portnoy, produser Steve Albini, Nickelback dan lain-lain lagi.
Di Malaysia sendiri, ramai peminat melahirkan rasa dukacita atas pemergian Taylor di media sosial masing-masing hari ini.
Taylor disukai ramai kerana personaliti drumming nya dan antara yang paling menonjol dalam Foo selepas Dave Grohl dan Pat Smear.
Berasal dari Texas, Taylor menyertai Foo Fighters pada tahun 1997 menggantikan drummer asal William Goldsmith. Sebelum ini beliau adalah touring drummer bagi artis Alanis Morissette (Jagged Little Pill).
Terima kasih Taylor atas memori Rock & Roll dan apa yang telah anda berikan kepada dunia dengan Foo Fighters.
#ChivasAlexandria