Kisah Taylor Hawkins Jumpa Budak Perempuan Paraguay Main ‘Pretenders’ 2 Hari Sebelum Meninggal

oleh Chiv Iscandar
2.4K bacaan

Foo Fighters memang terkenal dengan kemurahan hati mereka memberi ruang kepada para peminat terutama budak-budak kecil tampil beraksi dengan mereka di konsert-konsert.

Walaupun mereka berstatus rock star besar, mereka sentiasa ada untuk berkongsi pentas dengan para peminat. Antaranya seorang remaja berpakaian ala KISS dan budak lelaki berusia 10 tahun yang memainkan lagu Metallica dalam konsert mereka.

2 hari sebelum meninggal dunia pada 26 Mac 2022 semalam, drummer Foo Fighters Taylor Hawkins dikatakan sempat bertemu dengan seorang budak perempuan yang memainkan lagu ‘ The Pretender’ di hadapan hotel penginapan mereka semasa persinggahan di Paraguay.

Perkara ini diceritakan oleh bapa perempuan itu yang bernama Emma Sofia dalam twitter miliknya (Julius).

Menurutnya, anaknya itu mengatur set drum di hadapan Hotel Sheraton Paraguay sambil disokong para peminat Foo Fighters dan berulangkali memainkan lagu ‘The Pretenders’ dengan harapan Taylor akan turun dari hotel.

Dan akhirnya, Taylor turun dari hotel untuk bertemu Emma sendiri dan menurut Julius, itulah detik ‘Dream Come True’ bagi anaknya. Kegembiraan sebenar ialah apabila diberi ruang bermain drum bersama Foo Fighters dalam satu persembahan mini keesokan harinya.

Taylor dan Foo Fighters sentiasa berada dekat di hati para peminat atas kemurahan mereka dan interaksi spontan bersama peminat. Mereka tahu dan sedar, peminat adalah segala-galanya.

Bagi Emma Sofia, ia pasti meruntun hatinya mendengar tentang pemergian Taylor Hawkins hanya 2 hari selepas mereka bertemu tapi kenangan bersama mereka berdua pasti menjadi mimpi indah selamanya.

Long Live Rock & Roll, Taylor dan Foo Fighters!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅