‘Rentak Kita’ – Escape Plan Kembali Dengan Buah Tangan Terbaharu

oleh Anome
447 views

Setelah lebih dua tahun menyepi, Escape Plan kembali menemui peminat dengan sebuah video muzik (MV) berjudul Rentak Kita yang telah dilancarkan pada 21 Mac 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 26 saat di saluran YouTube rasmi mereka, Ecape Plan EP.

Menurut Escape Plan, Rentak Kita menceritakan tentang diri kita yang perlu bangkit menyahut cabaran dunia dengan akal diri yang merdeka. Malah, kita juga perlu bangkit menyahut suara mereka yang telah sekian lama berjuang untuk membawa perubahan kepada dunia sedia ada.

Menurut Escape Plan juga, single ini membawakan mesej kebebasan suara dari pelbagai sudut. Kita seharusnya persetankan segala kata-kata negatif yang dilontarkan kepada kita. Persetankan juga siapa pun mereka yang melontarkan kata-kata tersebut asalkan diri kita sendiri tahu dan yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah betul.

Rentak Kita merupakan rilisan kelima daripada Escape Plan setelah pelancaran single Escape Tonight yang ditulis khas buat para peminat dan penyokong Escape Plan, Planners pada 30 Januari 2020. Mereka juga mengharapkan agar buah tangan ini dapat dinikmati oleh Planners dan para peminat muzik tempatan yang merindukan Escape Plan.

Dengarkan Rentak Kita di saluran Youtbe rasmi Escape Plan dan juga ikuti laman media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati