Ranking 10 Lagu Terbaik Soundtrack BATMAN

oleh Chiv Iscandar
1.8K bacaan

Batman, sejak kemunculan moden di persada filem pada 1989 sehinggalah yang terbaru tahun 2022 telah menampilkan banyak aksi tersendiri yang bertemakan korupsi dan Bruce Wayne sebagai penegak keadilan di Gotham City.  Siapa yang dapat melupakan aksi jahanam Joker (Health Ledger) dalam The Dark Knight (2008) dan banyak lagi.

Dari segi soundtrack, ia tidak kurang hebatnya dan menampilkan kombinasi antara skor orkestra gelap (Hans Zimmer, Danny Elfman) dan muzik pop/rock/alternatif.

Berikut adalah ranking 10 lagu soundttack terbaik Batman sejak 1989 hingga kini:

10. Partyman / Scandalous – PRINCE (Batman 1989)

Balada pop paling epik yang dihasilkan Prince bagi soundtrack Batman tahun 1989.

9. The Riddler – Method Man (Batman Forever 1995)

The Riddler, villain terbaru 2022 telah mula diperkenalkan oleh Method Man dalam Batman Forever lagi.

8. The Passenger – Iggy Pop (Batman Forever 1995)

Maestro pop rock-n-roll turut menyumbangkan lagu dalam siri Batman.

7. The End Is Beginning Is The End – Smashing Pumpkins (Batman & Robin 1997)

6. Look into My Eyes – Bone Thug N Harmony (Batman & Robin 1997)

5. Smash It Up – Offspring (Batman Forever 1995)

Satu-satunya lagu punk rock dalam soundtrack Batman, ia berasal daripada lagu kumpulan punk British, The Damned (Roses) dan dibikin semula oleh Offspring.

4 Gotham City – R. Kelly (Batman & Robin 1997)

Lagu yang menggambarkan visi Gotham City sebagai ‘City of Justice, City of Peace’ oleh R. Kelly.

3  Hold Me, Thrill Me, Kiss Me, Kill Me – U2 (Batman Forever 1995)

Antara lagu popular kumpulan U2 yang dipetik dari Batman Forever dan menjadi playlist radio-radio utama semasa era muzik Alternatif.

2. Something In The Way – Nirvana (Batman 2022)

Kemunculan lagu Nirvana ‘Something In The Way’ iaitu trek terakhir album Nevermind adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka dan ditunggu peminat sejak tahun 2021. Kehadiran lagu Nirvana ini sebenarnya menyelamatkan filem Batman 2022 arahan Matt Reeves yang dikatakan agak ‘kureng’ berbanding siri-siri sebelum ini. Robert Pattinson (Twilight) yang menjadi Batman terbaru ini perlu berterima kasih kepada hantu Kurt Cobain yang menaikkan aura dalam filem ini.

1. Kiss From A Rose – Seal (Batman Forever 1995)

Ahh…karya agung terindah pernah diilhamkan dari Batman. Seal, penyanyi banyak parut di muka tetapi aura vokal yang  menjadikan lagu ini menjadi soundtrack terhebat Batman sepanjang masa.

Dengan alunan muzik soundtrack hebat yang terus mengiringi setiap siri filem, Batman akan tetap bersama kita menegakkan panji keadilan menentang anasir korupsi di Gotham City.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅