‘Castle For Me’ – Kisah Kejayaan Centuria

oleh Aniq Ammar Ekhwan
782 bacaan

Mood Metalcore aku masih berjalan seperti biasa dan kini cuba meneroka kugiran baharu selepas Beyond The Misguided. Baru-baru ini aku terjumpa sebuah kugiran diberi nama Centuria yang baru sahaja melancarkan single terbaru mereka Castle For Me di saluran Youtube pada 29 Jun 2023.

Berasal dari Melaka, Centuria dianggotai oleh lima anak muda iaitu Ammar Fahmi (Vokal), Dany (Gitar), Zaha (Gitar Utama), Jai (Bass) dan Azim (Dram). Menjadikan Modern Metalcore sebagai paksi utama, kesemua ahlinya boleh dikatakan masih muda namun mempunyai jiwa yang besar.

Sebagai band yang datangnya dari luar Kuala Lumpur, peluang untuk kami agak tenggelam sedikit, tapi itu tidak menjadi penghalang kerana kami memilih untuk bawa kelainan dengan membawa genre modern metalcore di dalam lagu lagu kami, kami juga memerlukan promosi yang lebih pada waktu ini, dan sedaya berusaha untuk menyebarkan karya kami secara gig untuk maju seperti band band yang ada di seluruh Malaysia.

Castle For Me menceritakan tentang kejayaan seseorang selepas menempuhi pelbagai dugaan, penindasan dan perbalahan dengan diri sendiri. Kita boleh nampak penceritaan mereka ini sinonim dengan kehidupan seorang insan yang sedang mencari arah tuju untuk terus bernafas.

Sepanjang tempoh mendengar, aku tertarik dengan corak permainan gitar mereka di mana mereka menggunakan konsep simple but punching. Susunan lagu ini juga tidak membosankan ditambah pula bunyian synthesizer segar cuma aku merasakan boleh digarap lagi kerana tidak cukup. Kualiti sebegini harus diberi perhatian oleh semua pemuzik metal kerana selepas Nash Muhandes dan Ardy Hamdan, aku tak jumpa lagi adunan dan mastering sebersih ini. Kudos buat Zarif Muazzam dari Spunkdok atas kerja sebegini.

Cuma selepas aku mendengar, aku merasakan Centuria ingin menjadi the next Crazy Grizzly kerana vibe agak seakan-akan dan ini merupakan jawapan mereka:

Crazy Grizzly merupakan sifu kami dan banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami bermuzik, akan tapi Crazy grizzly mempunyai corak permainan yang berbeza dari kami. Mereka mempunyai gaya yang lebih ke arah new wave metalcore. Bagi Centuria pula kami lebih menfokuskan pembuatan karya-karya kami ke arah Modern metalcore/djent.

Aku juga difahamkan Centuria sedang dalam pelan jangka panjang di mana mereka bakal melancarkan album tidak lama lagi dan bakal mengadakan siri jelajah di serata Malaysia pada tahun 2024.

Kami merancang untuk kekal bertahan dan maju seperti band band yang ada di Seluruh Malaysia. Kami juga merancang ikut menghasilkan karya-karya kami selaras dengan perubahan zaman tapi masih kami akan pentingkan kualiti karya itu sendiri.

Secara keseluruhan, single ini boleh dikatakan produk yang bagus daripada Centuria namun komen aku, mereka harus mencari di mana faktor X sebagai sebuah unit kerana selepas dua single dari mereka, aku masih mencari apa keistimewaan mereka. Adakah masih tersembunyi atau mereka masih mencari? Sama-samalah kita menunggu hasil produk mereka yang seterusnya.

Ikuti Centuria di:

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅