Nama Ali Idris & Para Penonton mula menjelma pada awal tahun 2020 dengan single pertama, Menambat Hatimu dan perlahan-lahan projek solo jejaka dari selatan tanah air ini mula mendapat perhatian penikmat muzik alternatif tempatan setelah video muzik (MV) rasminya dilancarkan pada bulan Oktober tahun yang sama. Setelah itu, empangan kreativiti Ali bagai tidak pernah berhenti. Single kedua, Perhiasan Kesayangan diluncur dua bulan selepas itu dan baru-baru ini, single ketiga berjudul Hujan September pula menyerang platform-platform strim utama.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah, single mutakhir ini dilancar di bawah label Nova Music. Mengagumkan! Daripada bergerak bebas (dengan teknik pemasaran yang hebat), Ali akhirnya berjaya ‘menambat hati’ label popular dalam masa hanya setahun!
Pelbagai persoalan bermain di fikiran kami dan mungkin peminat-peminat muzik Malaysia secara am atau peminat-peminat Ali secara khusus ingin mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau sekaligus mengenali sosok ini dengan lebih dekat.
Ikuti temubual eksklusif MAMY bersama Ali Idris yang dijalankan secara atas talian oleh Ekhwan Fuentes di bawah:
1. Salam Ali Idris. Pertama sekali, tahniah buat anda atas pelancaran single terbaru iaitu Hujan September. Adakah lagu baru ni berkait juga dengan single-single sebelum ni?
Ali Idris: Wassalam. Hujan September sangat berkait rapat dengan Perhiasan Kesayangan. Lagu ini ditulis satu minggu selepas lagu Perhiasan Kesayangan ditulis. Kisah yang sama, tapi dalam situasi yang berubah. Dalam Perhiasan Kesayangan, telah mula timbul jarak antara satu sama lain. Hujan September pula ialah pengakhiran kepada sebuah permulaan dengan sebab-sebab yang tidak jelas. Sebab itu korus Hujan September, “Deraian Hujan September/ Kau Melangkah Pergi/ Meninggalkanku Tanpa Pesan/ Oh Hujan September/ Kau Melangkah Pergi/ Meninggalkan Tanda Tanya”. Tetapi, sebab-sebab ini mulai terjawab sedikit demi sedikit megikut keadaan semasa sekarang (current situation). Ini adalah isi luahan kepada lagu seterusnya iaitu Sampai Hayatku.
2. Apa konsep lagu yang ingin disampaikan oleh Ali? Kerana makin lama iramanya makin perlahan.
Ali Idris: Hujan September sengaja dibuatkan perlahan macam ini atas beberapa sebab:
- Lagu ini terlalu peribadi untuk aku. Aku tak boleh nak menghayati Hujan September kalau ia dilajukan. Emosi dia tak sampai nanti. Hahaha!
- Aku cuba untuk meluaskan skop para penonton/ para pendengar/ followers yang umum supaya semua lapisan pendengar dapat menerima AIPP. Mungkin golongan umum ini, bila dah tertarik dengan Hujan September, mereka akan mula cari lagu-lagu AIPP yang lain seperti Menambat Hatimu dan Perhiasan Kesayangan. Mereka cuba korek-korek siapa AIPP ni? Haaa lebih kurang macam tu lah.
- Alah, band-band punk/ metal/ rock lain pun ada lagu fast dan lagu slow. Jadi aku cuba variasikan konsep/ melodi AIPP. Kita raikan muzik. Versetail orang putih cakap. Kahkahkah!
3. Laju juga progres korang sebenarnya. Dalam masa setahun, macam-macam jadi. Dan sudah pasti benda ni semua memakan modal yang besar. Jujurnya, adakah ia berbaloi?
Ali Idris: Hahahahahaha, soalan ni best. Aku main muzik ni dah lama, dari zaman Myspace lagi. Tapi dari dulu sampai sekarang aku asyik on off. Kejap aktif, lepas tu diam. Busy dengan kerja dan kehidupan. Jadi AIPP ni mungkin adalah pecutan terakhir aku untuk masuk dalam industri muzik arus perdana, Now or Never. Macam kata Hafiz dari Revenge; Heavy Metal or Die. Kalau macam aku Now or Never. Sebab tu aku pecut laju untuk kali ni. Modal tu mungkin aku menabung dari kecil. Hahahaha. Alhamdulillah, adalah rezeki sikit untuk aku serius fokus dalam karier seni ni. Lagipun ini semua melibatkan passion. Kalau betul mahu berjaya, mesti kena buat sehabis mungkin. Oh lagi satu, laju sangat tu, sebab sekarang aku ada team AIPP yang mantap dalam menguruskan, publisiti, marketing, idea apa semua untuk menaikkan lagi nama AIPP. Kemonnnn teammmm!!!
4. Selepas ini bagaimana? Single baru atau EP?
Ali Idris: Next song, lagu keempat, InshaAllah macam aku sebut kat atas tadi, single Sampai Hayatku kerana bahagian ni belum habis lagi. Untuk Sampai Hayatku, aku merancang nak buat fast tak macam Hujan September, slow motion. Mungkin vibe dia Menambat Hatimu + Perhiasan Kesayangan. Mungkin lagu kelima atau keenam baru habis chapter ni. Dan ketika itu barulah aku jadikan EP. Rilisan fizikal. InshaAllah aku nak settlekan EP pada bulan Jun 2021 kesemuanya.
5. Kenapa semua lagu tema cinta? Dah tak ada tema lain ke?
Ali Idris: Sebab aku nak go public. Tema cinta ni mudah untuk diterima umum. Tema universal kot. Tp walaupun tema cinta, aku tak nak lagu cinta yang meleweh leleleleleleleh. Sebab tu aku ubah konsep lirik cinta, tapi melodi/ muziknya fast/ catchy/ rancak berjoget-joget. itu yang terjadi pada Menambat Hatimu, Perhiasan Kesayangan dan yang akan datang, Sampai Hayatku. Setakat ini, banyak lagu yang aku ada dalam simpanan seperti lagu-lagu bertemakan perkara lain contohnya Perang, Ketuhanan, Taubat, Perpaduan Ummah, Persahabatan. Tetapi tu mungkin next chapter InshaAllah. Lepas lancarkan EP nanti, kita buka lembaran baru pula. Temanya bertukar. Sebab kalau asyik tema cinta saja sampai mati, bosan juga! kali ni kasi chance dulu pada aku untuk habiskan tema cinta dalam chapter kali nih. kahkahkahak! Kemonnnn!
6. Ok, soalan terakhir. Kenapa sign dengan Nova Music? Apa istimewanya mereka berbanding label sendiri? Kau pun sebenarnya boleh pilih untuk bergerak sendiri macam sebelum-sebelum ni.
Ali Idris: Oh, aku tak sign bawah Nova Music sebagai artis. Nova Music hanya bertindak sebagai publisher kepada semua digital content aku dan menguruskan pendaftaran dan lain-lain seperti pendaftaran MACP, monetize channel YouTube aku, pengambilan royalti (kalau ada) hasil yang dapat dari Spotify, atau apa-apa platform, call me tone ke tu pun ada juga. Aku belum upload ke media sosial lagi. Sedang mengusahakan dan akan diumumkan secepat mungkin. Dan satu lagi, aku tiada pengalaman dalam industri muzik tanah air. Jadi aku tak reti selok beloknya. mungkin dengan adanya Nova Music, diorang dapat membantu aku untuk publisiti. sebab tu Hujan September upload kat channel YouTube Nova Music. Untuk promosi AIPP dan promosi lagu-lagu dalam digital platform.
Sekian terima kasih hohhhh. Kemonnnn!!!
Begitulah serba sedikit perbualan antara kami berdua dan kata-kata murni dari Ali Idris dan Para Penonton. Syabas dan tahniah buat Ali Idris dan Para Penonton dan kami mendoakan kejayaan anda di fasa yang seterusnya dan kami menanti rilisan terbaru dari anda di masa akan datang. Adios!!!
Ikuti Ali Idris dan Para Penonton di:
Ikuti Nova Music di: