Private Whizz Bersinar Kembali

oleh Rahmat Mohd Did
2.4K bacaan

Setelah 10 tahun tanpa rilisan baharu, Private Whizz akhirnya buat comeback dengan single Sinar Akan Tiba di saluran YouTube Stereo Pixels Music pada 11 Februari 2021.

Mereka menjenamakan kemunculan semula ini sebagai projek “REmode Balik” setelah kali terakhir muncul dengan rilisan Kepong Garden Setiawangsa City EP pada tahun 2010. Beberapa siri single juga akan menyusul sepanjang tahun ini sehinggalah mencapai kemuncak dengan pelancaran album penuh.

Kepada yang mungkin asing dengan nama Private Whizz, kumpulan yang tertubuh di Kepong ini terdiri daripada Ahmad Hamidi, Razi Mokhtar, Hasrul Hafizi dan seorang anggota asal yang juga turut pernah menganggotai kumpulan Nadia’s Picture Show, Hamimi Ahmad. Di awal kemunculan, mereka adalah sebuah band grunge yang berat dan pernah ditampilkan dalam album kompilasi Paradigm of 5 Kingdom (2002) bersama-sama Bloodymary, Chaise Lounge, Servant Jamm dan Slicepin Daze. Perlahan-lahan, formasi ini bertukar hala tuju kepada modern rock ala Dewa seperti yang kita kenali hari ini.

Kompilasi Paradigm of 5 Kingdom yang menaikkan nama Private Whizz.

Sinar Akan Tiba muncul tepat pada masanya membawa auta positif tatkala dunia masih dibelenggu bahana pandemik yang tidak berkesudahan dan memberi mesej bahawa tak kira apa rintangan yang mendatang, yakinlah suatu masa nanti pasti sinar akan tiba menerangi kegelapan.

Secara keseluruhan, single ini adalah sebuah naskah yang sangat baik. Struktur lagu yang dinamik, lirik yang positif dan ditulis dengan sangat baik serta persembahan intrumentasi yang sangat kemas. Kualiti audionya juga boleh boleh dibanggakan dan sangat layak mendapat tempat di corong-corong radio malah dijadikan runut bunyi filem dan drama tempatan! Tahniah Private Whizz!

Ikuti mereka di:

Facebook

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅