Setelah pertama kali muncul dengan lagu pengenalan #BTrayAll penghujung 2019, band Nu Metal dari Kuantan, Swerved tampil lagi dengan muzik video (MV) bagi lagu baru mereka yang berjudul ‘Pragmata’.
Video yang dirakam di sekitar bandar Kuantan berlatarbelakangkan satu kedai Reggae, lagu ‘Pragmata’ menampilkan konsep Nu Metal dan sedikit elemen pop dengan adunan citarasa tempatan oleh sekumpulan anak muda.
Selain vokal rap-rock berbahasa Melayu, perkara paling menarik ialah vokal ‘clean’ di bahagian korus yang sangat baik bagi standard keluaran independen tempatan. (Macam Sufian Suhaimi tarik ada jugak, acah je tapi memang bagus)
Ini barangkali vokal clean terbaik pernah kedengaran bagi keluaran arus muzik keras baharu tahun ini. Swerved mungkin perlu mengeksploitasi kelebihan ini bagi keluaran akan datang.
Korus gitar ala Linkin Park berbau semerbak menjadikan lagu ini penuh dan menepati resipi.
Bunyi ‘turntable‘ yang memang menjadi menyemarakkan semangat Nu Metal ala Bizkit, sesuatu yang segar sebenarnya dapat didengar ketika ini.
Mereka pernah beraksi di litar-litar gig tempatan dengan aksi menarik, sila lihat:
Kesimpulannya, Swerved adalah satu aksi independen yang sangat ‘exciting‘ untuk dilihat pada masa sekarang. Apatah lagi, mereka memainkan genre Nu Metal yang banyak dirindui kebangkitannya oleh lapisan peminat muzik tanahair.
Selain itu, mereka dilihat mempunyai kombinasi (gel) yang baik antara 7 ahli-ahli – Ray Clownz, Emie, Longjack, Im Ahmad, Mido, Zikry, DJ Scooby – serta kebolehan mereka menonjolkan konsep dan identiti tersendiri untuk terus tampil dengan karya-karya bermutu.
Tunggu dan lihat. Nu Metal jalan terus!
Boleh ikuti mereka:
http://fb.me//swerved.official
http://twitter.com/OfficialSwerved
http://instagram.com/officialswerved
#ChivasAlexandria