Dewataraya Tampil Dengan Konsep Baharu Dalam Single ‘Biarkan Masa’

oleh Anome
2.2K bacaan

Penulis: Anome

Dewataraya baru sahaja meluncur video muzik (MV) single Biarkan Masa pada 4 Disember yang lalu. Bergandingan dengan Heidi Moru pada kali ini, mereka hadir dengan konsep baharu namun masih mengekalkan identiti Dewataraya itu sendiri.

Dewataraya turut menganjurkan launching party tayangan perdana MV mereka di Stesen Seni, Damansara Perdana secara serentak pada hari yang sama. Bagi mereka, MV ini dihasilkan khas buat para peminat yang tak putus-putus memberikan sokongan. Turut hadir adalah Motherwit sebagai band pembuka acara.

Sedia maklum, Biarkan Masa merupakan single kedua daripada album mereka setelah melancarkan single Demimu, Untukmu, Buatmu pada 5 November yang lalu. Album sulung Dewataraya masih lagi dalam proses pembikinan dan bakal menjenguk para peminat pada Januari 2022 nanti.

MV yang penuh nuansa merinding, dengan upacara tarian yang dikelilingi lilin sepanjang lagu ini membuatkan diri berasa seperti sedang menonton MV kugiran metal samawi tetapi dengan konsep dan imej Dewataraya.

Jika diteliti pada awal video, watak utama yang melakukan upacara tarian berpakaian serba hitam dan bertopeng, kemudiannya bertukar pakaian putih dan dibuka topengnya berserta sayap putih di belakang bagaikan bidadari. Penulis membayangkan yang upacara tersebut merupakan satu simbolik penyucian diri seseorang daripada masa lampau yang kelam dan gelap.

MV Biarkan Masa kini boleh ditonton di saluran YouYube mereka dan juga didengar di spotify. Ikuti Dewataraya di Twitter dan Instagram mereka untuk lebih banyak info dan kemaskini album mereka yang bakal dilancar tidak lama lagi.

Youtube

Spotify

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅