Sang Rawi Umum Pembubaran

oleh Anome
1,380 views

Penulis: Anome

Pada 5 Disember 2021, kumpulan eksperimental nusantara yang berasal dari Sarawak, Sang Rawi telah mengumumkan pembubaran mereka. Berita duka tersebut disampaikan di laman Instagram kumpulan tersebut.

Menerusi perkongsian ini, ramai peminat dikejutkan dengan pembubaran mereka dari arena muzik indie tempatan. Sedih dengan berita tersebut, Twitter dibanjiri dengan ciapan selamat buat kumpulan tersebut.

Rawi sebelum ini telah melancarkan sebuah album Live Session pada tahun 2020, hadir dengan 7 trek berdurasi selama 39 minit 19 saat. Album Rawi masih lagi boleh didengarkan di Spotify dan mereka menyatakan bahawa mereka tidak ada perancangan untuk memadam muzik mereka di mana-mana platform digital.

Bagaimanapun, Rawi turut menyatakan bahawa mereka mungkin akan meneruskan perjalanan muzik Rawi tanpa vokalis sedia ada di masa akan datang. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan kembali bangkit dalam meneruskan perjalan muzik masing-masing.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati