Pada 2 Disember yang lalu, kumpulan hardcore Hutch VS The World telah melancarkan video muzik (MV) single pertama, Bangkit di YouTube mereka. Lagu ini merupakan sebuah trek berdurasi satu minit dan 28 saat yang diambil daripada EP mereka Selagi Ada Daya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Hutch VS The World yang baru ditubuhkan beberapa bulan yang lalu telah disambut hangat oleh para peminat berdasarkan rekod dua persembahan secara langsung dan satu persembahan secara atas talian sebelum ini. Dengan persembahan yang penuh bertenaga, setiap lagu yang berjangka masa bawah dua minit, lirik yang ringkas, tak dinafikan ini menjadi faktor penerimaan para pendengar terhadap mereka.
Bangkit mengisahkan tentang perjalanan individu mencari diri yang hilang, jatuh dan bangun dalam melalui liku-liku kehidupan. Hutch VS The World juga cuba memberitahu pendengar agar percaya terhadap diri dan buktikan konotasi negatif masyarakat sekeliling terhadap diri adalah salah.
Dengarkan single Bangkit di saluran YouTube Hutch VS The World. Ikuti laman Twitter dan Instagram mereka untuk info dan kemas kini EP yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.