Dirgahayu 55 Tahun ‘Hey Joe’ – Jimi Hendrix

oleh Anome
1.9K bacaan

Hari ini menandakan ulang tahun ke 55 tahun single pertama Jimi Hendrix yang dilancarkan pada 16 Disember 1966 bersama kumpulan terbarunya, The Jimi Hendrix Experience. Hey Joe dirakamkan ketika Jimi Hendrix meninggalkan kumpulan asalnya, Jimmy James And The Blue Flame ketika Pesta Muzik Musim Bunga England. The Jimi Hendrix Experience terdiri daripada trio Jimi Hendrix di posisi gitar dan vokal, pemain dram Mitch Mitchell, dan Noell Redding di posisi bass.

The Jimi Hendrix Experience merupakan insiatif Chas Chandler, pemain bass kumpulan The Animals selepas melihat persembahan Hey Joe Jimi Hendrix di Greenwich Village Club ketika pesta muzik tersebut. Persembahan tersebut membuatkan Chandler merasakan Hendrix merupakan orang yang sesuai untuk merakamkan lagu itu lantas menawarkan dirinya untuk membuat kumpulan baru, The Jimi Hendrix Experience serta menjadi produser dan pengurus mereka.

Lagu ini berkisar tentang perbualan dua orang lelaki, Joe yang berkeliaran dengan sepucuk pistol di tangannya dan persona yang tidak diketahui. Joe menerangkan kepada individu lain bahawa dia mengetahui bahawa isterinya curang bersama lelaki lain, dan dia merancang untuk membunuh isterinya. Perbualan lanjut mereka menceritakan bahawa Joe telah membunuh isterinya dan merancang untuk melarikan diri ke Mexico bagi mengelakkan hukuman gantung terhadap dirinya.

Hey Joe merupakan sebuah lagu saduran yang ditulis oleh penyanyi folk Amerika, Billy Roberts pada tahun 1960. Billy Roberts telah mendaftarkan hak cipta untuk Hey Joe  pada tahun 1962 namun tidak pernah melancarkannya. Selepas pelancaran Hey Joe oleh The Jimi Hendrix Experience, lagu ini mendapat sambutan sehingga beberapa kumpulan lain turut merakamkan lagu ini dengan gaya susunan masing-masing, antaranya adalah The Leaves, Love dan juga The Byrds.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅