Mothflesh Utus Surat Cinta ‘Machine Eater’ Khas Buat Para Peminat Muzik Metal

oleh Anome
1.1K bacaan

Pada tarikh 12 Disember 2021, kugiran Metal yang berasal dari Kuala Lumpur, Mothflesh telah melancarkan album kedua mereka di semua platform digital. Hadir dengan 10 trek dan durasi 40 minit 22 saat, Machine Eater dijangka mampu membawa satu pembaharuan di dalam hidup para pendengar yang penat menghadapi polusi dunia.

Sebelum pelancaran album Machine Eater, Mothflesh telah pun melancarkan sebuah single promosi dengan judul The Lotus Denial.  Trek ini dilancarkan pada 11 November 2021 dengan jangka masa selama 3 minit 40 saat.

Diinspirasi oleh keadaan budaya dan teknologi masa kini yang semakin menghampiri hari kehancuran dunia, Machine Eater didedikasikan sebagai sebuah surat cinta dystopia yang ditulis khas buat para peminat muzik metal yang mulai berasa lelah terhadap pemandangan masa hadapan yang gersang berpagarkan neon yang penuh penipuan.

Mothflesh mengintepretasikan keadaan muzik agresif masa kini sebagai sebuah monolit dengan jana kuasa bateri yang dibina atas batuan dasar Death Metal dan digerakkan oleh lonjakan pengepaman arteri Modern Hardcore. Secara ringkasnya, Machine Eater merupakan sebuah anekdot tentang expoitasi dan kapitalisme yang terjadi di Asia Selatan.

Mothflesh turut mengumumkan pelancaran album fizikal mereka di bawah Goatloardth Records dan Glord Records pada 30 Disember 2021 nanti. Machine Eater kini boleh dinikmati di platform digital Spotify, Bandcamp, Apple Music, Deezer, dan pelbagai lagi.

Spotify

Bandcamp

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅