Argonist Lancar Operasi ‘Serangan Guruh Utara’

oleh Anome
644 views

Kugiran thrash metal Pulau Pinang, Argonist secara rasminya melancarkan single Northern Thunder Attack pada tarikh 11 Disember yang lalu. Hadir dengan jangka masa selama 5 minit 21 saat, lagu ini dilancarkan sempena dengan penciptaan akaun YouTube mereka pada tarikh yang sama.

Northern Thunder Attack merupakan single ketiga mereka setelah trek Declaration of War yang diambil dari album kompilasi Lawan Arus yang dilancarkan sebelumnya pada 17 Ogos 2021. Lawan Arus merupakan sebuah album kompilasi yang menampilkan 14 buah kugiran metal dari empat Negara; Indonesia, Jerman, Malaysia dan Indonesia.

Menurut Argonist, Nothern Thunder Attack merupakan kesinambungan trek mereka sebelumnya, Declaration of War yang telah dirakamkan pada tahun 2008. Berbeza dengan Declaration of War, Silencer vokalis asal Argonist telah digantikan dengan Menam bagi single Northern Thunder Attack.

Tambahan lagi, mereka juga mengatakan bahawa mereka bakal melancarkan sebuah lagu dengan judul Puaka untuk album kompilasi tempatan di Kuala Lumpur pada Januari 2022 nanti. Dengarkan Northern Thunder War di saluran YouTube Argonist dan ikuti laman sosial rasmi mereka untuk informasi dan kemaskini.

Ikuti Argonist di laman;

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati