Dirgahayu Tony Iommi

oleh Rahmat Mohd Did
664 bacaan

Anthony Frank Iommi telah dilahirkan pada hari ini, 73 tahun yang lepas. Beliau merupakan pengasas, pemain gitar utama dan komposer utama untuk band Black Sabbath.

Sewaktu berusia 17 tahun, Iommi kehilangan dua jari di tangan kanannya selepas terlibat dalam satu kemalangan di kilang tempatnya bekerja di Birmingham, England. Beliau sangat kecewa dan berputus asa kerana merasa tidak mampu lagi memetik gitar.

Walau bagaimanapun, seorang rakannya di kilang memintanya untuk mendengar sebuah album dari pemain gitar jazz terkenal, Django Reinhart. Beliau keberatan pada mulanya tetapi teruja dengan permainan gitar yang disifatkannya sebagai sangat hebat tersebut. Di situlah rakannya berkata:

“Kalau kau nak tahu, nama gitaris ni Django Reinhart. Dia cuma bermain dengan dua jari sahaja di papan fret akibat terlibat dalam kebakaran yang dahsyat!”

Iommi tersentak. Kata-kata rakannya itu membuatkannya terinspirasi dan nekad mahu bermain gitar kembali. Beliau mencipta alat untuk melindungi dan memanjangkan jarinya yang terputus kemudian menala tali gitarnya lebih rendah.

Dan selebihnya adalah sejarah…

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅