Selamat Hari Lahir ‘Don’t Look Back In Anger’

oleh Aqil Syakir
2.9K bacaan

Pada 19 Februari 1996, Oasis mengeluarkan lagu Don’t Look Back In Anger yang menjadi lagu paling legend buat penduduk U.K. Lagu ini telah dirakam pada tahun 1995 semasa pembikinan album (What’s The Story) Morning Glory. Lagu ini kiranya sudah berumur 25 tahun.

Don’t Look Back In Anger ini rasanya sudah tidak asing lagi bagi Madferit (peminat-peminat Oasis) mahupun peminat muzik lain secara am. Sebagai tanda penghargaan, mari kita lihat sejarah pembikinan serta kesitimewaan lagu ini sampaikan ia menjadi lagu rasmi untuk orang U.K.


Sambil baca artikel, bolehlah dengar lagu Don’t Look back In Anger:

Pahit Manis Pembikinan Lagu Don’t Look Back In Anger

Semasa sesi soal jawab di Glastonbury, Noel Gallagher menyatakan vokalis The Verve, Richard Ashcroft juga ada memberikan idea lirik untuk lagu Don’t Look Back In Anger.

“About a year ago I was doing a gig with Richard Ashcroft. I always thought it was Liam that came up with Sally, but Richard said ‘it was me.” – Sumber dari Oasis Mania.

Bukan itu sahaja, Liam Gallagher turut memberikan idea dalam penulisan lirik lagu.

Semasa Oasis dalam perjalanan ke gig pada 1994, Noel sedang melakukan soundcheck, tiba-tiba Liam datang dan terus menyanyikan bahagian lirik “So sally can’t wait”. Pada mulanya Noel tidak bersetuju untuk letak bahagian lirik itu tetapi Liam bertegas supaya ia dimasukkan dalam lirik.

Lagu Don’t Look Back In Anger telah memenangi banyak anugerah, antaranya:

  1. No.1 dalam NME’s 50 Most Explosive Choruses list.
  2. No.1 dalam the Official Charts Company’s 60th anniversary.
  3. Tersenarai dalam 10 single terbaik di UK.
  4. Single ketiga terlaris iaitu sebanyak 900,000 naskah lagu terjual.

Sebenarnya di sebalik kejayaan lagu Don’t Look Back In Anger, terdapat banyak insiden yang tidak diingini berlaku.

Pada 15 April 1995, ia merupakan tarikh di mana Noel melancarkan persembahan akustik dan pada waktu itulah lagu Don’t Look Back In Anger pertama kali dinyanyikan.

Namun, pada waktu itu juga merupakan hari sedih buat Oasis kerana pemain drum mereka, Tony McCarroll telah menarik diri.

Semasa sesi rakaman lagu Don’t Look Back In Anger, Liam tak diperlukan jadi dia pun pergi lepak di pub berseorangan. Selepas pulang dari pub, Liam telah membawa 30 orang tidak dikenali masuk ke dalam bilik Noel untuk berparti.

Selepas Noel mengetahui perkara itu, dia bergegas ke biliknya dan melihat orang yang tidak dikenali itu sedang bermain gitarnya yang berharga £30,000 macam bodoh. Noel menghalau mereka dan pergaduhan besar di antara Noel dan Liam tercetus.

Pernah Dinyanyikan Ketika Upacara A Moment of Silent Untuk Tragedi Manchester Arena Bombing

https://youtu.be/DWfD1JC1pPw

Pada 22 May 2017, berlakunya satu insiden pengeboman oleh golongan ekstrimis Islam ketika konsert Ariana Grande berlangsung. Seramai 800 orang cedera parah dan 22 orang lagi telah meninggal dunia.

Semasa upacara a moment of silence di St Ann’s Square, salah seorang pengunjung telah menyanyikan lagu Don’t Look Back In Anger. Kemudian, semua orang di situ menyanyikan lagu itu bersama-sama dengan perasaan sedih.

Menurut salah seorang pengunjung di situ, dia menyatakan ia merupakan satu kenangan yang istimewa. Ada juga yang menyatakan dia sayang dengan Manchester dan Oasis adalah sebahagian dari zaman kanak-kanaknya.

Selepas video nyanyian lagu Don’t Look Back In Anger di upacara itu tular di Twitter, Noel membalas ciapan dengan menulis ‘Mancunians’.

Bukan itu sahaja, semasa sesi temuramah bersama BBC Music, Noel juga memberikan pendapatnya mengenai video itu.

Katanya, melihat ahli politik atau pemimpin memberikan ucapan ‘we will stand for this‘ selepas tragedi adalah benda paling sial dan buat apa perlu semua benda itu kalau lagu boleh menyatukan semua orang.

Lagu Don’t Look Back In Anger pernah dimainkan selepas perlawanan bola antara Aston Villa melawan Brimingham pada tahun 2017.

Oleh itu, jelaslah bahawa lagu Don’t Look Back In Anger ni merupakan sebuah karya seni terulung dari Oasis yang malar segar. Selain itu, ia juga telah menjadi identiti dan ‘cop mohor’ bagi Oasis.

Akhir sekali, Madferit (peminat-peminat Oasis) pasti rindu nak tengok line-up asal Oasis bergabung semula dan menyanyikan lagu Don’t Look Back In Anger, kan?

Sumber:

  1. Oasis Mania.
  2. NME (‘Don’t Look Back In Anger’ by Oasis tops NME’s 50 Most Explosive Choruses list).
  3. NME (The Full Story Behind Oasis’ ‘Don’t Look Back In Anger’).
  4. Guardian.
  5. Pop Culture.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅