Gitaris KORN ‘Head’ Insaf, Temui Jalan Tuhan dengan Love And Death

oleh Chiv Iscandar
2.2K bacaan

Nama ‘Head’ pasti tidak asing lagi bagi dunia metal arus baru, satu tangan dewa yang bergandingan dengan Munky mencetuskan sonik gitar dan aura Nu Metal dalam KORN. Berperwatakan rastafarian dan dilihat lebih ‘cool‘ berbanding ahli Korn lain, ‘Head’ rupanya telah mengisytiharkan diri beliau kristian pada tahun 2007 dan sejak itu, mengubah gaya hidup kepada lebih tertib dan bersopan mulia berbanding dulu.

Bagi Brian ‘Head‘ Welch iaitu gitaris utama Korn ini, Love And Death merupakan band projek beliau sejak 2012 sebagai eskapisme daripada huru-hara Korn dengan beliau bertindak sebagai vokal dan baru-baru ini pada 12 Februari lepas, mereka telah mengejutkan arena perMetalan dunia dengan album terbaru berjudul Perfectly Preserved di bawah Earache.

Dengan line-up yang turut dibarisi oleh nama besar bassist Breaking Benjamin iaitu Jasen Rauch, Love And Death juga adalah band yang dibentuk khas oleh ‘Head’ untuk menyebar mesej-mesej kebaikan dan positif.

Keseluruhan album masih mengekalkan aura kegelapan Nu Metal, tetapi tiada lagi mesej nihilism dan lirikal depresi yang sering dikemundangkan dalam rekod-rekod Korn. Sebaliknya, ‘Head’ menyampaikan tema dan konsep kehidupan dengan vokal bertenaga manakala visi yang lebih melankolik.

Berat dan melankolik – satu kombinasi Metal yang jitu. Breakdown yang segera mengingatkan pada vokalis Korn Jonathan Davis (barangkali, ‘Head’ memang sengaja untuk mengekalkan identiti dan asal-usul beliau dari Korn), segalanya masih tersisa dan mantap beradu dalam rekod baru ini.

Dalam lagu ‘Tragedy’ yang dikira lagu terbaik dalam album ini, ‘Head’ menjerit kepasrahan “Searching for a thousand years inside of me…. What have I won? What have I done?” – gambaran keinsafan beliau terhadap dosa-dosa lampau.

Manakala ‘Down’ yang dipertaruhkan sebagai single utama mengembalikan genre Alt-Metal yang bermotifkan pop 80-an kental, ramai kalangan pengkritik tegar berpendapat ia banger metal yang sebenar.

‘Head’ Minat Justin Bieber

Menariknya, mereka turut membawakan semula lagu top Justin Bieber & DJ Snake ‘Let Me Love You‘ ala gaya Metal Goes Pop dalam album ini (trek ke-4).

Gitaris JR Bareis melantunkan vokal clean yang sangat merdu pada lagu itu yang turut menampilkan Lacey Sturm, vokalis metal wanita daripada kumpulan Flyleaf.

‘Head’ sendiri mempertahankan mengapa mereka cover lagu tersebut walaupun beberapa seksyen puak metal telah menggelar mereka ‘Rockin’ Beliebers’:

Apa salahnya. Tengok lirik dol… ‘I Don’t Give Up’ (Na na na), cukup untuk membayangkan mesej yang kita tidak boleh berputus asa dengan kepercayaan (ketuhanan).

Senarai Trek Perfectly Preserved

1. Infamy
2. Tragedy
3. Down
4. Let Me Love You (feat Lacey Sturm)
5. Death Of Us
6. Slow Fire
7. The Hunter (feat. Keith Wallen)
8. Lo Lamento
9. Affliction
10. White Flag (feat Ryan Hayes)

Sekali lagi, Berat dan Melankolik. Resipi yang ampuh bagi rekod-rekod Metal agung dan Love And Death ini pasti tidak mengecewakan buat jiwa-jiwa keras dan pengikut-pengikut metal alaf baru.

‘Head’ telah menemui hidayahnya dengan Love And Death, namun tangan ajaib yang mendukung Korn ini masih terus gah bersenggama mengeluarkan bunyi-bunyian keras moden yang meresapi kita semua.

Verdik: 7/10

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅