Projek Spontan yang Berakhir Indah dalam ‘Orang yang Paling Kubenci’ (Stripped Version)

oleh Aniq Ammar Ekhwan
406 views

Beberapa hari yang lalu telah berlakunya sebuah hari istimewa iaitu Hari Kekasih. Namun untuk Rayi, Asta, dan Nino dari kumpulan RAN, tarikh 14 Februari 2021 lebih bermakna kerana menandai rilisnya versi ‘stripped’ lagu terbaru mereka Orang yang Paling Kubenci. Versi original sebenarnya telah dilancarkan pada bulan Januari 2021 dan video muzik lagu ini juga telah mempunyai satu juta tontonan di Youtube.

Diberi nama Orang yang Paling Kubenci (Stripped Version), lagu ini sejujurnya adalah Projek Masa Lapang dari RAN. Dibuat dalam masa 1 minggu, versi ‘stripped’ ini dimulakan ketika mereka sedang melakukan sesi perbincangan untuk projek seterusnya. Saat mereka sedang berehat, Asta memainkan lagu ini di gitarnya yang kemudian disambut oleh Nino dan Rayi. Lepas menyanyikan versi akustik secara spontan, ketiga-tiganya memutuskan untuk merakamkan versi tersebut untuk kemudian melancarkan di You Tube. ‘Orang yang Paling Kubenci’ yang sudah memiliki lirik manis ini kemudian menjelma menjadi lagu yang terdengar lebih intimate dalam versi ‘stripped’ ini.

Bersempena dengan single Orang yang Paling Kubenci versi terbaru ini, Rayi, Asta, dan Nino juga merakam video muzik untuk single ini. Berbeza dengan versi original yang mengusung konsep animasi sekaligus menampilkan pemandangan Bandung, untuk versi ‘stripped’ ini, RAN melaksanakan Orang yang Paling Kubenci dengan konsep one-take video. Projek masa lapang mereka ini telah bertukar kepada sebuah projek yang serius, begitulah RAN menggambarkan stripped version dari lagu ini.

Ikuti RAN di:

Facebook
Twitter
Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati