Hari ini, tanggal 20 Februari merupakan ulang tahun kelahiran satu suara ikonik, personaliti dan enigma anti-hero yang kemunculannya telah mengubah segala undang-undang muzik Rock dan mewakili generasi baharu yang dikenali Gen-X.
Beliau adalah pelopor kumpulan Rock terbesar dan teragung dalam sejarah, Nirvana. Sekiranya Kurt Cobain masih hidup hari ini, beliau berusia 54 tahun.
Sosok ini muncul menjadi simbol jurucakap generasi yang terpinggir (alienisasi sosial), kekurangan kasih sayang dan jiwa-jiwa yang memberontak (angst & rebellion).
Buat pertama kali, tiada lagi unsur Rock Star atau guitar hero dalam arena muzik dan kehadiran Kurt Cobain bersama Nirvana menenggelamkan terus era rock komersil dan heavy metal. Dengan membawakan gabungan baru punk dan american indie (Sonic Youth), Kurt mengejutkan industri Rock seluruh dunia pada era 90-an lalu mencetuskan kebangkitan Grunge yang merintis perkembangan genre muzik moden sehingga hari ini.
Berikut ialah riwayat hidup Kurt Cobain sepanjang 27 tahun untuk titipan bersama:
20 Feb, 1967 – Lahir di pekan Aberdeen, Seattle
1987 – Menubuhkan Nirvana bersama Krist Novoselic
1988 – Mengeluarkan single pertama ‘Love Buzz’
1989 – Merekod album pertama ‘Bleach’ di bawah label SubPop
1991 – Mengeluarkan album termasyhur dan terbesar dunia ‘Nevermind’.
1992 – Berkahwin dengan Courtney Love, penyanyi kumpulan Hole.
1993 – Mengeluarkan album studio terakhir, ‘In Utero’
18 Nov 1993 – Mengadakan konsert Unplugged in New York
5 April 1994 – Ditemui mati membunuh diri dengan menembak shotgun ke kepala di rumahnya Seattle.
Sehingga kini, kematian beliau masih menjadi misteri, spekulasi dan konspirasi….
Potret Kegembiraan Trio Nirvana
Tidak kira apa tanggapan masyarakat, Kurt Cobain adalah insan istimewa dengan legasi muzik yang menjadi ikutan jutaan orang di dunia – bukan kerana kemasyhuran atau populariti, tetapi kerana kejujuran dan keikhlasan beliau dalam berkarya.
Satu simbol inspirasi tentang orang-orang biasa yang berjaya mengubah dunia.
#ChivasAlexandria