Kuala Lumpur mungkin tidak terkenal sebagai kota kelahiran dubstep atau metalcore, tetapi seorang artis bernama Wolf sedang cuba menulis semula naratif itu. Dengan album debut penuhnya, Transmute, Wolf bukan sekadar mahu berdiri dalam barisan panjang produser elektronik tempatan, sebaliknya mahu mengetuk pintu pentas global dengan gabungan bunyi yang jarang sekali wujud di rantau ini.
Nama Transmute dipilih bukan kerana kedengaran “cool,” tetapi kerana ia benar-benar mencerminkan perjalanan Wolf sejak 2017.
“Transmute means a change in form, substance or nature. Musically, it’s a sign of progression from my very first release (Rave into the Night, 2018) up to my recent release ([ID], 2024). If you’ve listened to me in 2018 and now, there’s a huge difference in sound; in terms of it being more refined and well-balanced,” jelasnya.
Dan memang benar, evolusi itu kedengaran jelas — dari electronica mentah yang hampir kepada “bedroom demo” kepada soundscape dubstep-metal yang padat, penuh lapisan dan tidak takut menjerit.
Rakaman Transmute bukan sekadar proses duduk di hadapan skrin komputer. Ia adalah perang peribadi. Separuh daripada album ini siap sekitar 2022, namun Wolf kerap membuang dan menulis semula trek kerana obsesinya terhadap kesempurnaan.
“Most of my recording process was an idea that happen while I was in the showers really. The most challenging obstacle is the lyrics writing; after the vocal recording of ‘Garbage’, the lyricist in me died. Took all my creative juices and went all out into ‘Garbage’,” katanya.
Malah, ada cerita klise tetapi menyakitkan tentang perisian yang crash dan projek tidak disimpan. Bagi sesetengah orang itu mungkin tragedi, tetapi bagi Wolf ia adalah kebetulan indah. “I ended up with something better,” ujarnya, dengan nada puas hati seorang produser yang tahu malapetaka kadangkala melahirkan keajaiban.
Hampir semua aspek album ini dihasilkan sendiri, kecuali dua titik kolaborasi. Spite menampilkan Spydaweb, rapper dari Amerika Syarikat yang menambah sengat vokal hip hop keras, sementara Rage dihidupkan semula dalam remix oleh FiProducer dari Indonesia. Namun selebihnya ialah dunia bunyi Wolf sepenuhnya, dunia di mana bassline dubstep menghentam dada, gitar metal menghentak kepala dan sintesis rave dalam Amalgamation menyalakan nostalgia kelab gelap hujung 90-an. “Making a mixed genre track or album keeps it exciting as you never know what genre they’re cooking up next,” katanya — dan di sinilah Wolf menyerlah.
Mungkin inilah yang membezakan Wolf daripada ramai artis tempatan lain. Sementara banyak band masih selesa bermain selamat dalam satu acuan genre, Wolf menolak formula itu. “Usually it’s the one trick pony; if you play metal you only play that. There’s no variation in terms of mixing with rap or pop rap. Personally I find it boring if you only play one genre.” Kata-kata itu keras tetapi mencerminkan kenyataan. Justeru tidak hairan jika bait lantang seperti “Never switching lanes for the mainstream, f** what you think coz I don’t need no acceptance” terdengar seperti sebuah manifesto.
Perubahan bunyi Wolf jelas apabila membandingkan trek lama seperti Go Crazy dengan karya terbaru. “Looking back at it, my old releases were boring. But 2-3 years later my sound evolved into something fuller. I’d listen to my newer releases (2021 onwards) more than my old releases.” Jarang ada artis yang berani melabel karyanya sendiri sebagai “boring” — tetapi kejujuran ini membuatkan evolusi Transmute lebih autentik.
Live show pula menjadi medan bukti. Dari Rising Festival hingga Atas Angin Festival, Wolf tampil bukan sekadar seorang DJ yang menekan butang, tetapi sebagai penghibur yang menyalurkan tenaga metal ke dalam set dubstep. Crowds yang sebelum ini mungkin asing dengan gabungan itu kini terpaksa mengakui keanehan itu berkesan. Seperti kata EDM Rekords: “A dubstep/metalstep mix that’ll leave you breathless. It’s a style that has never been attempted before but sounds interestingly flawless.”
Selepas Transmute, Wolf tidak bercadang memperlahankan langkah. “An EP is already in the works with it having a darker and heavier tone following the recent singles ‘Spite’ and ‘[ID]’. A single, going into hard techno territory, is also in the works. As for a second album, it would be in 2-3 years time.” Jika benar, kita boleh jangka karya seterusnya bakal muncul lebih berat, lebih gelap dan mungkin lebih ekstrem.
Namun di sebalik visi besar ini, Wolf masih kembali kepada perkara paling asas iaitu rasa. “Making music to make people feel something; happy, sad, emotional, pissed or be in a rave; that’s what I want my audience to feel when listening to ‘Transmute’. There’s something for everyone.” Dan mungkin di situlah letak rahsianya. Transmute bukan sekadar album debut. Ia adalah kad pengenalan seorang artis yang berani mengaku dirinya bukan mainstream, tetapi cukup yakin untuk menulis arusnya sendiri.
ikuti Wolf di: