
Kemunculan mini album terbaharu Langsuir berjudul FITAN terus menghidupkan kembali gelombang mistik yang menjadi nadi kumpulan legenda extreme metal tanah air ini. Album yang kini boleh didapati dalam format CD dan kaset ini menjadi inspirasi kepada kesinambungan Melayu Mistik Peninsular Tour yang memasuki siri jelajah kedua. Melaka dipilih sebagai hentian pertama dengan tarikh keramat 27 Disember 2025.
Tour ini membawa semangat serta roh FITAN yang menggali gelora ghaib, fitnah alam dan bisikan kegelapan melalui muzik berat yang pekat dengan unsur mitos Melayu. Ia menjadi pentas untuk menelusuri sisi gelap yang membelenggu tanah ini sejak sekian lama.
BARISAN BAND YANG AKAN MEMACU KEGANASAN DI MELAKA
HERRIOT
Kuasa utama Herriot yang terkenal dengan aliran melodic death metal bakal menghentam pentas dengan riff bertenaga serta atmosfera berat yang menjadi identiti mereka.
OXIDICIDE
Unit crossover thrash dari Kuala Lumpur ini hadir dengan gabungan pantas thrash dan hardcore punk. Tenaga pentas yang agresif dijangka menjadi antara persembahan paling liar malam itu.
V
Sebagai wakil heavy power metal dari Melaka, kumpulan V menggalas tanggungjawab selaku band tuan rumah yang akan menghangatkan gelanggang sejak awal acara.
PARASITE
Legenda grindcore dari Jengka kembali mengganas dengan hentaman blastbeat yang pantas, padat dan tidak berkompromi.

MALAM RITUAL MUSIK BERAT
“Melaka Mengilai” dijanjikan sebagai sebuah ritual malam yang menyelami ruang tersembunyi dan terkutuk dalam jiwa muzik berat tempatan. Setiap persembahan dijangka bergema dengan aura purba yang membentuk identiti FITAN.
MAKLUMAT ACARA
Tarikh: 27 Disember 2025 (Sabtu)
Lokasi: @mugoxmasterpiece Melaka
Masa: 4 petang hingga 11 malam
Harga tiket:
Early Bird RM50 sehingga 30 November 2025
Pre-Sales RM60 sehingga 23 Disember 2025
Pintu RM70
Tempahan tiket: wasap.my/60129345657
Ketika tahun hampir melabuhkan tirai gema FITAN semakin lantang. Melaka bakal mengilai sekali lagi.