Cintaku Tertinggal di Malaysia: Dewa 19 & Padi Reborn Gegar Axiata Arena Jun Ini

oleh Music Addicts Malaysia
0 komen 226 bacaan

Selepas tiga tahun sejak konsert terakhir mereka di Kuala Lumpur menerusi Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5 pada 29 September 2023, Dewa 19 akhirnya kembali memenuhi kerinduan Baladewa di Malaysia.

Pada 6 Jun 2026, band legenda Indonesia itu bakal mengukir sejarah baharu menerusi konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia yang dijadual berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, jam 8 malam.

Konsert anjuran Icon Entertainment ini bukan sekadar pertemuan semula biasa. Buat pertama kali di Malaysia, Dewa 19 akan berkongsi satu pentas bersama Padi Reborn sebagai penampilan khas, menyatukan dua nama besar muzik Indonesia dalam satu malam yang sama.

Diasaskan oleh Ahmad Dhani, Dewa 19 bakal tampil dengan barisan utama termasuk Andra Ramadhan, Yuke Sampurna dan Agung Yudha. Lebih istimewa, tiga vokalis mereka iaitu Ari Lasso, Virzha serta Marcello Tahitoe atau Ello akan bersama Tyo Nugros menghangatkan pentas dengan rangkaian lagu hits yang membentuk perjalanan panjang karier mereka.

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, Malaysia sentiasa mempunyai kedudukan istimewa di hati Dewa 19 sejak awal penembusan mereka di pasaran tempatan. Justeru, judul Cintaku Tertinggal di Malaysia dipilih sebagai simbolik hubungan erat antara band tersebut dan para peminat di sini.

Konsep persembahan kali ini tidak bersifat extravaganza. Sebaliknya, ia memfokuskan pada nuansa romantis dan kekuatan lagu-lagu cinta yang menjadi identiti kedua-dua band. Padi Reborn yang terkenal dengan deretan lagu malar segar dijangka menambah dimensi emosi, sekali gus menemukan Baladewa dan Sobat Padi dalam satu pengalaman muzik yang lebih intim tetapi tetap bertenaga.

Menariknya, tema pakaian untuk konsert ini cukup jelas dan ringkas: T-Shirt Band Original. Peminat digalakkan hadir dengan koleksi rasmi Dewa 19 atau Padi Reborn sebagai simbol solidariti dan identiti komuniti masing-masing.

Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi menerusi www.ticket2u.com.my/dewa19. Kategori dan harga adalah seperti berikut:

RM236 – Atas Nama Cinta
RM288 – Bala Sobat
RM388 – Pangeran Cinta
RM428 – Laskar Cinta
RM488 – Sedang Ingin Bercinta

Dengan kombinasi dua band gergasi dalam satu panggung, Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia berpotensi menjadi antara konsert paling signifikan tahun 2026, menghimpunkan dua komuniti peminat dalam satu malam yang dipacu oleh satu tema yang sama: cinta.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅