Selamat Ulangtahun ke-20 Amnesiac! Album kelima band UK ini dilancarkan hari ini pada tahun 2001. Dirakam bersama produser Nigel Godrich dalam sesi yang sama dengan Kid A (2000). Radiohead membahagikan material kepada dua album kerana mereka merasakan ‘terlalu padat’ untuk dijadikan album berkembar.
Sama seperti Kid A, Amnesiac juga dipengaruhi dengan muzik eketronik, muzik klasikal abad ke-20, jazz dan krautrock. Lagu terakhir album Life In A Glasshouse, Radiohead berkolaborasi dengan Humphrey Lyttelton Band.
Kid A tidak dikeluarkan sebarang single, tetapi mereka mempromosikan Amnesiac dengan dua single: Pyramid Song dan Knives Out beserta klip video. Muncul ditangga pertama dalam carta UK Album dan tangga kedua carta Billboard 200 di US.
Thom Yorke menjelaskan, trek Pulk/Pull Revolving Doors adalah percubaan pertama beliau menggunakan aplikasi Pro Tool. Mula menggunakannya dalam satu sesi rakaman OK Computer, termasuk percubaan untuk merakam lagu lain, antaranya adalah True Love Waits.
Kulit album Amnesiac direkacipta oleh Thom Yorke dan kolaborasi lama Radiohead, Stanley Donwood. Sebagai inspirasi kulit album, Donwood merasa ‘kehilangan dan peduli alam sekeliling’ ketika berada di London, dengan menyamakan bandar dengan labyrinth mitos Yunani.
Radiohead umum Amnesiac selepas hanya tiga bulan Kid A dilancarkan. Pada Jun 2001, Radiohead memulakan Amnesiac Tour, dimulakan di Utara Amerika selama tiga tahun. Rakaman langsung dari Kid A dan Amnesiac dimuatkan ke dalam satu kompilasi live mereka, I Might Be Wrong: Live Recordings (2001).
Amnesiac dicalonkan untuk Mercury Music Prize 2001, tetapi kalah kepada Stories From the City, Stories From the Sea oleh PJ Harvey, dimana Thom Yorke menyumbangkan suaranya. Amnesiac merupakan album keempat mereka yang dicalonkan untuk Best Alternative Music Album di Anugerah Grammy.
Sehingga 2008, Amnesiac terjual lebih 900,000 salinan seluruh dunia. Diiktiraf platinum di Kanada dan USA.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Amnesiac #Radiohead #AnniversaryAlbum