Gandingan Mantap Avril Lavigne dan The Matrix Hasilkan Let Go

oleh Azam Gilmour
1.3K bacaan

Selepas setahun menandatangani kontrak dengan Arista Records, Avril masih tercari-cari hala tuju muziknya. Avril yang berasal dari Kanada pindah ke Los Angeles.

Disini beliau mula merakam beberapa material, tetapi pihak label tidak bersetuju. Arista menggabungkan Avril dan produksi The Matrix, yang memahami kehendak Avril dan visi album sulung Avril ini.

Pada 4 Jun 2002, Let Go dilepaskan. Pengkritik menghuraikan Let Go sebagai sebuah album alternative rock, dan unsur post-grunge.

– Dikreditkan sebagai album sulung pop paling laris tahun 2002 dan telah diktiraf platinum sebanyak tujuh kali di US.

– Turut diiktiraf diamond oleh Canadian Recording Industry Association, dan berjaya mendapat beberapa platinum di beberapa negara, termasuk di UK dimana Avril menjadi penyanyi solo wanita paling muda dimana albumnya mendapat tempat pertama di rantau itu.

– Sehingga 2011, Let Go terjual lebih 16 juta unit seluruh dunia, menjadikannya album paling banyak terjual di antara album yang lain.

– Menurut Billboard, Let Go merupakan album ke-21 jualan terlaris sepanjang dekad.

– Majalah Rolling Stone meletakkan Let Go ditangga ke-4 album terbaik 00’an.

– Sebuah album yang mengubah pandangan muzik pop punk, dimana Let Go membantu menaikkan muzik pop punk ke arus perdana, ditambah pula dengan front-woman yang mengiringi band pop punk.

– Pada 2017, Music On Vinyl mengeluarkan empat album terawal Avril dalam format vinyl buat kali pertama, dengan edisi terhad vinyl bewarna serta bernombor. Vinyl Let Go berwarna putih.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #AvrilLavigne #LetGo

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅