Dilema Samurai dan Geisha Dalam ‘Laraku’

oleh Mohd Aqil Aiman
1.2K bacaan

Laraku adalah single terbaru Emmjay yang mengabungkan elemen Jepun dan irama Malaysia, dihasilkan bersama produser Silent Set Entertainment, Aidy’Ad. Emmjay dan Aidy’Ad sering bergabung menghasilkan produk muzik yang berkualiti antaranya Buana, Adigung dan beberapa lagu lain.

Video muzik (MV) rasmi Laraku telah dihasilkan dan diterbitkan oleh Silent Set Entertainment. Konsep MV ini datangnya dari Jae Alba iaitu Pengurus EmmJay sekaligus ditambahbaik oleh team produksi Silent Set Entertainment termasuk EmmJay sendiri.

Penyanyi yang berasal dari Lahad Datu Sabah ini baru sahaja menapakkan diri dalam industri muzik Malaysia walaupun sudah bermula sejak tiga tahun yang lepas. Namun, kesemua lagu yang dihasilkan sangat unik dan mendapat perhatian perminat luar negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia menerusi lagu-lagu seperti Buana dan Adigung. Selain itu, EmmJay juga turut terlibat dalam sebuah lagu patriotik iaitu Tanah Merdeka yang dinyanyikan bersama AzamRhadio, YAPH dan
Kmy Kmo pada tahun 2019.

MV bertemakan Geisha dan Jepun ini memaparkan penceritaan yang unik dan lain daripada lain. Jalan cerita MV ini bermula apabila seorang samurai ditugaskan untuk membunuh geisha, namun dek kerana jatuh hati dengan geisha tersebut, akhirnya keputusan itu memakan diri.

“Rakaman muzik video ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali kerana kostum samurai dan geisha perlu ditempah khas dari luar negara untuk projek ini.” – Silent Set Entertainment

MV rasmi ini turut menampilkan Aidy’Ad, Produser Silent Set Entertainment yang memegang watak samurai.

Laraku pastinya akan menarik perhatian pelbagai pihak dek kerana keunikan lagu dan MV-nya. Dengan persiapan dan kelengkapan yang rapi, MV Laraku menjanjikan satu pengalaman yang istimewa kepada setiap penonton.

“Saya sudah bersiap sedia untuk menggegarkan industri muzik tanah air serta menarik perhatian ramai baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa,” tegas Emmjay.

Ikuti Emmjay di:

Instagram

Ikuti Silent Set Entertainment di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅