Setelah dua tahun mendiamkan diri dari industri, akhirnya Elysian melancarkan single baharu mereka berserta video muzik (MV) berjudul Elixir pada 2 Februari 2022 di Youtube Elysian MY.
Kugiran yang berpaksikan Post Hardcore ini mula aktif pada tahun 2018 dengan menyertai gig di serata Malaysia. Berasal dari Kuala Lumpur, Elysian pada mulanya dianggotai oleh lima orang anggota namun setelah melalui pelbagai proses, kini mereka tampil berenam iaitu Baie dan Naz di posisi vokal, Afif dan Keli sebagai gitaris, Iqie sebagai bassist dan akhir sekali Haikal sebagai pemain dram.
“Dengan line up yang baru ni kami lebih bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih padu dari sebelum ini. Dengan adanya 2 vokalis baru ini, kami menjanjikan keunikan dan kelainan yang tersendiri. -Naz-”
Menurut Baie, Elixir merupakan kesinambungan dari single pertama mereka, Woe Be Gone dan tema lagu tersebut ialah Anger and Depression. Untuk Elixir pula mereka membawakan tema Self-Healing di mana single ini lebih kepada penerimaan dan pemulihan seperti maksud tajuk lagu tersebut iaitu penawar.
“Cerita di sebalik lagu ini adalah tentang someone yang struggle with his/her inner thoughts, emotionally unstable, to keep on living. Jadi lagu ini dicipta sebagai surat yang ditujukan kepada pendengar kami yang mungkin melalui perkara yang sama, lagu ini adalah tanda we are here with you, and you can get through this! -Baie-”
Menerusi single ini, ternyata mereka membawa banyak pembaharuan dan ternyata lebih baik berbanding single sebelum ini. Walaupun menggunakan pendekatan yang sama seperti Woe Be Gone, Elixir lebih ke hadapan dari sudut susunan lagu dan permainan gitar yang lebih ketat. Tidak terhenti di situ, lantunan vokal juga memberikan sesuatu yang baharu dalam single ini dan mengingatkan penulis kepada Issues dan Crown the Empire yang pernah mempunyai dua orang vokalis. Daripada pendapat penulis, transisi daripada Woe Be Gone ke Elixir nampak menjadi dan penulis boleh merasakan keperitan yang mereka ingin sampaikan.
“The reason kami menggunakan pendekatan lagu yang sama seperti single sebelum ini kerana kami mahu menunjukkan identiti ataupun signature kami. Dan kalau boleh for the upcoming song kita akan kaitkan juga dengan lagu-lagu sebelum ini.”
Untuk kualiti pula, walaupun proses produksi dilakukan secara kendiri dan mendapat bantuan daripada Hayzeeq Zerophobia untuk rakaman vokal, hasil yang dikeluarkan adalah memberangsangkan dan mereka patut mengeluarkan lebih daripada sekadar single. Apabila ditanya tentang perancangan pada tahun ini, berikut merupakan jawapan dari Afif:
“We’re planning to come out with EP at least hujung tahun ni. Kami yakin dengan latest line-up ni, something big is gonna happen. Since kami dah started producing, mixing and mastering on our own, jadinya, perjalanan untuk EP tu supposed jadi lebih mudah untuk kami di masa hadapan.”
Iqie juga memberitahu bahawa mereka bercadang untuk aktif semula pada tahun ini dan mengharapkan sambutan yang lebih baik pada single Elixir. Tidak dilupakan, Elysian juga telah membuat persembahan di Pelancaran Album Zerophobia: Sinner pada 5 Februari yang lalu sebagai titik permulaan kembalinya mereka ke pentas bawah tanah. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar sahaja buat Elysian.
Tahniah Elysian atas pelancaran single Elixir. Semoga dirahmati Tuhan dan teruskan perjuangan muzik kalian. Post Hardcore tidak pernah mati, hanya tidur menunggu bangkit. Adios!
Ikuti Elysian di: