Instrumen Siri jelajah Neck Deep ‘Kena Roket’

oleh Anome
1.5K bacaan

Pada tanggal 11 Februari 2022, kugiran Pop-Punk Wales, Neck Deep telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter mengenai kemaskini terbaru Konsert Jelajah UK 2022 mereka. Di dalam ciapan tersebut, mereka turut mengumumkan bahawa beberapa peralatan muzik mereka telahpun dicuri.

Neck Deep menyatakan bahawa peralatan muzik mereka telah dicuri daripada trak Bath ITT mereka ketika diletakkan di parkir semalaman. Insiden tersebut berlaku di Park Royal berdekatan Anton, London.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka telah menjumpai peralatan gantian buat konsert jelajah mereka seterusnya di Olympia Theater di Dublin, Ireland pada 15 Februari 2022. Turut dikepilkan sekali senarai serta gambar peralatan muzik yang telah dicuri daripada mereka.

Peralatan yang telah dicuri ialah:-

  1. Left Handed PRS custom 24 Charcoal Burst (Truss Rod Cover engraved ‘Horny’)
  2. Matt West Signature Reverend Green Serial No. 41429
  3. Matt West Signature Reverend Yellow Serial No. 27955
  4. Matt West Signature Reverend Pink Serial No. 37492
  5. Matt West Signature Reverend Black (with stickers) Serial No. 28456
  6. Gibson J45 Electro Acoustic

Pengumuman ini rata-ratanya mengejutkan para peminat terutamanya para pemegang tiket konsert jelajah mereka seterusnya. Bagaimanapun, isu ini tidak mengganggu garis masa konsert jelajah mereka berikutan peralatan gentian yang digunapakai, namun Neck Deep masih mengharapkan perlatan yang dicuri dijumpai semula berikutan nilai sentimental yang yang ada pada peralatan-peralatan tersebut.

Kes kecurian peralatan muzik terhadap pemuzik yang melakukan konsert jelajah bukanlah sesuatu yang baru dan jarang berlaku. Hal ini terutamanya kerana pemuzik yang kerap melakukan konsert jelajah mempunyai pengangkutan khas yang kerap digunapakai malah dicam hampir setiap peminat. Ini membuatkan para peminat lebih senang mengecam dan mengincarkan pengangkutan mereka untuk motif-motif tersendiri.

Diharapkan semoga Neck Deep menjumpai kembali peralatan muzik yang telah dicuri dan diharapkan pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅